Bekas peninju lagenda, Mike Tyson bebas atas dakwaan cetus keganasan dalam kapal terbang baru-baru ini, lapor sebuah laman media hiburan TMZ.
Mike boleh menarik nafas lega selepas tidak dikenakan apa-apa tindakan atas kelakuannya yang menumbuk salah seorang penumpang dalam sebuah pesawat.
Peguam Daerah San Mateo, Stephen Wagstaffe berkata,”Tindakan (disyaki provokasi) yang dicetuskan mangsa (penumpang tersebut) mendorong kejadian itu berlaku,”
Sehubungan itu, Mike tidak akan difailkan sebarang tuduhan atas tindakannya.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di San Francisco International Airport (SFO) dalam salah sebuah pesawat JetBlue pada 20 April. Peninju lagenda itu dikatakan telah menumbuk mangsa berulang kali.
Difahamkan, wakil Mike mendakwa, semasa Mike berada di dalam pesawat, lelaki itu telah membaling botol ke arahnya yang menganggu ketenteramannya sehingga dia bertindak memukul lelaki itu.
Mangsa dikatakan teruja selepas bertemu dengan peninju lagenda itu.
Sementara itu, bagi pihak lelaki itu, mereka menafikan dakwaan yang dilontarkan bahawa mangsa membaling botol ke arah Mike.
Menurut peguam bela Mike, Stephen menjelaskan kedua-dua pihak tidak mahu pergi ke perbicaraan mahkamah.
“Mereka percaya bahawa terdapat kes yang lebih serius bakal didakwa.
“Kami berterima kasih kepada ketua polis daerah San Mateo dan semua agensi penguatkuasaan undang-undang yang membantu dalam siasatan,” kata peguam Mike.
Selepas insiden itu, Mike dilihat lebih selesa untuk bergaul dengan khalayak ramai serta makan bersama rakan-rakan tinjunya, Ric Flair dan Rick Ross.
Sumber: TMZ