Siakap Keli
kebakaran
Gambar Hiasan Via Google

Mungkin Ramai Yang Belum Tahu, Ini Cara Alat Pemercik Api Berfungsi Ketika Kebakaran

Setiap bangunan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang berguna ketika berlakunya sebarang kecemasan seperti kebakaran.

Jika anda perasan, terdapat satu alat yang akan dipasang pada mana-mana sudut di dalam bangunan iaitu sistem pemercik api.

Walaupun ramai yang sedar mengenai kewujudannya namun mungkin masih ramai yang belum tahu bagaimana ia sebenarnya berfungsi. Justeru, SK kali ini akan menerangkan mengenai fungsi alat tersebut.

Untuk pengetahuan anda, sistem pemercik api ini direka untuk mengesan, mengawal dan menghapuskan serta memberi amaran kepada penghuni bangunan mengenai kebakaran.

Ia dikatakan dapat mengurangkan kematian dan kehilangan harta benda sebanyak lebih 65 peratus.

Pemasangan sistem pemercik api itu terdiri daripada satu set pam (duty, jockey dan standby), tangki simpanan air, set injap kawalan utama, kepala pemercik, suis aliran, suis tekanan, paip aliran dan injap.

kebakaran

Kepala pemercik pula terdiri daripada mentol kaca yang mengandungi larutan gliserin cecair yang mengembang pada suhu 68 Celcius (bergantung kepada jenis cecair).

Bagaimana ia berfungsi?

Seperti yang diketahui, air menjadi ‘alat’ yang boleh mencegah kebakaran. Semburannya yang berterusan pada permukaan api dan haba boleh mengurangkan suhu proses pembakaran dan mengelakkan nyalaan merebak ke ruang terdekat.

Terdapat penutup logam di bahagian atas mentol kaca yang berfungsi untuk menahan air daripada mengalir keluar melalui kepala pemercik.

Sementara itu, haba daripada proses pembakaran meningkatkan suhu bilik dan menyebabkan bendalir dalam mentol mengembang.

Apabila suhu meningkat kepada 68 darjah Celcius (bergantung kepada jenis kepala penyembur), mentol kaca akan pecah dan penutup logam akan jatuh.

Ia menyebabkan air mengalir keluar dan terkena pada plat defektor yang membentuk semburan air.

kebakaran

Apabila suis aliran mengesan aliran air dalam paip pengedaran, isyarat akan dihantar ke panel penggera untuk membunyikan loceng amaran penggera dan pada masa yang sama, suis tekanan mengesan tekanan air dan menggerakkan pam jockey.

Kemudian, pam jockey pula akan beroperasi secara automatik untuk melaraskan perubahan tekanan air dalam paip.

Apabila tekanan semakin berkurangan, pam duty akan beroperasi secara automatik dan pam jockey juga akan berhenti secara automatik.

Setelah api dinyahcas sepenuhnya, aliran air dalam saluran paip akan dihentikan dengan menggunakan injap ‘rama-rama’ di zon kebakaran dan pam duty akan dilepaskan secara manual.

Jika ingin melihat dengan lebih jelas bagaimana ia berfungsi, anda boleh menonton video di bawah ini.

Sumber: AITO

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.