Siakap Keli
pokok ganja
Gambar: AFP

Thailand Rancang Agih Sejuta Pokok Ganja Secara Percuma Kepada Rakyatnya

Kerajaan Thailand merancang untuk mengagihkan sejuta pokok ganja secara percuma kepada orang ramai disana Jun ini sebagai tanda bermulanya perintah yang membenarkan orang ramai menanam pokok ganja di rumah, kata Menteri Kesihatannya.

Anutin Charnvirakul dalam pengumuman yang dibuatnya di laman Facebook pada 8 Mei berkata, beliau berharap tumbuhan akan menjadi tanaman seperti tanaman yang biasa di tanam di sekeliling rumah.

Menurut laporan CNN, undang-undang yang akan mula berkuat kuasa mulai 9 Jun ini akan membenarkan orang ramai di Thailand menanam pokok ganja, namun perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pokok ganja yang hendak ditanam mestilah merupakan pokok gred perubatan dan digunakan secara khusus untuk tujuan perubatan. Selain itu, pokok ganja yang ditanam juga tidak boleh dikomersialkan tanpa lesen yang sah.

Keputusan tersebut merupakan langkah terbaharu Thailand dalam menjadikan pokok ganja sebagai tanama pertanian yang boleh memberi pulangan lumayan. Bank Dunia sebelum ini menganggarkan kira-kira 1/3 tenaga kerja di negara tersebut terlibat dalam industri pertanian.

Selain itu, Thailand juga merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan kajian dan penggunaan perubatan. Rantau ini sememangnya terkenal dengan hukuman berat termasuk hukuman mati kepada pesalah-pesalah kes dadah dan ganja.

Thailand juga melonggarkan undang-undang berkaitan ganja diperingkat kerajaan tempatan. Selepas penggunaanya dibenarkan, banyak syarikat minuman dan kosmetik di sana melancarkan pelbagai produk berasaskan CBD, iaitu satu sebatian dalam ganja yang tidak membuatkan penggunanya menjadi khayal.

Terdahulu, dalam perkongsian lanjut Anutin di Facebook pada 10 Mei, beliau berkata syarikat-syarikat pengeluar  yang berdaftar juga dibenarkan menjual produk berasaskan ganja yang mengandungi kurang 0.02 tetrahydrocannabinol (THC), iaitu sebatian yang membuatkan pengguna menjadi khayal.

Langkah-langkah yang diambil Thailand dijangka memberi pulangan kira-kira 10 billion Bath (RM 1.26 billion) setahun hasil produk ganja dan hemp kepada kerajaan.

BACA: Ini 4 Kesan Cuaca Semasa Monsun Barat Daya, Orang Ramai Diminta Peka Dengan Ramalan Cuaca MetMalaysia

Sumber: CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.