Siakap Keli
Gambar: Instagram

Pihak Berkuasa Tepis Dakwaan Isu Tular Bebola Bakso Diperbuat Dari Daging Tikus

Polis Karawang bersama-sama dengan Sub-Koordinator Kesihatan Haiwan (Keswan) Perkhidmatan Pertanian Karawang telah mengadakan sidang media hasil ujian makmal bagi menepis dakwaan bebola daging bakso yang didakwa mengandungi daging tikus seperti yang tular di media sosial pada baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Karawang, AKBP Aldi Supartono menyangkal dakwaan tersebut kerana selepas ujian makmal dilakukan, ternyata bebola daging tersebut didapati menggunakan bahan mentah daripada campuran daging lembu dan bukannya daging tikus seperti yang ditularkan di media sosial.

“Daripada ujian sampel baki bebola daging yang dimakan seorang penduduk yang dimuat naik di media sosial, serta sampel dari lokasi penjual bebola daging, ia tidak mengandungi daging tikus,” ujarnya.

Mengulas dengan lebih lanjut, AKBP Aldi berkata, sangat penting pihaknya mengambil tindakan pantas agar maklumat yang tersebar itu dapat disahkan secepat mungkin.

“Berlegar di media sosial bahawa terdapat bebola daging tikus di Karawang, Indonesia. Ia sempat menjadi khabar angin, kami terus ambil tindakan segera dengan menemui wanita yang memuat naik video tersebut.

“Kemudian kami ambil sampel sisak bakso yang didakwa mempunyai daging tikus itu, kami juga menjalankan siasatan di lokasi yang disyaki menjual daging tikus tersebut. Kami terus hantar kedua-dua sampel ini ke makmal untuk ujian,” kata Aldi.

Sementara itu,  Penyelaras Kecil Kesihatan Haiwan (Keswan) Kesmafet di Perkhidmatan Pertanian Karawang, Siti Komalaningsih, menyatakan bahawa pihaknya bersama pihak makmal serta Kementerian Pertanian dan Pusat ujian Kualiti dan Pensijilan Haiwan telah melakukan proses identifikasi spesies tikus berkenaan.

“Hasil ujian yang dilakukan mendapati bahawa bakso yang viral itu negatif mengandungi daging tikus. Bakso itu telah disahkan diperbuat daripada daging lembu,” jelas Siti.

Mengulas lanjut mengenai daging yang menyerupai ekor tikus tersebut, Siti menjelaskan bahawa ianya hanyalah urat.

“Jadi ditegaskan sekali lagi, keputusan ujian makmal adalah negatif, bukan daging tikus tetapi daging lembu,” katanya.

Sumber: Berita Net.com

Aqmal Ezany

I write what is right