Siakap Keli
asteroid
Gambar: Daily Star

Asteroid Sebesar 2 Kali Ganda London Bakal Melalui Orbit Bumi Esok

National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengeluarkan amaran sebuah asteroid sebesar dua kali ganda bandar London bakal melalui orbit Bumi pada esok hari, lapor Daily Star.

Menurut NASA, batu angkasa gergasi itu akan terbang dengan jarak yang sangat dekat dengan Bumi iaitu pada Selasa bersamaan 17 Mei esok.

Namun difahamkan, ia tidak dianggap mendatangkan sebarang ancaman berbahaya kepada Bumi melainkan arah pergerakan asteroid itu ‘terlencong’.

Bagaimanapun, NASA tetap mengawasi  dengan teliti pergerakan batu angkasa lepas itu dan menamakannya sebagai 2013AX kerana ia sangat dekat dengan Bumi.

Difahamkan, batu itu bakal melintasi orbit pada kira-kira pukul 7.08 malam waktu United Kingdom dan ia berjarak 3.92 juta batu dari atas permukaan Bumi.

Dalam masa sama, batu berdiameter 440 kaki besar itu juga dikatakan bergerak sangat pantas dengan kelajuan 16 kilometer sesaat, menurut Daily Star.

Justeru bagi mana-mana pemerhati bintang dan angkasa raya, mereka boleh melihat batu itu melalui buruj Tucana semasa perjalanannya melintasi orbit Bumi.

Menurut saintis NASA, mana-mana asteroid besar yang terletak dalam jarak 4.65 juta batu dikategorikan sebagai “berpotensi bahaya”.

Manakala batu asteroid terbaharu yang dikesan pada radar NASA seperti yang dilaporkan ini turut termasuk dalam kategori tersebut.

Gambar: Daily Star

Jelas NASA, sekiranya ia menyimpang dari laluan asal dan merempuh Bumi, impak kerosakan yang cukup besar bakal terjadi.

Imbas kembali, pada tahun 1908, sebuah meteor yang menghentam timur Siberia telah meratakan seluruh  hutan berukuran 200 meter.

Sekiranya batu atau benda dari luar angkasa yang berukuran melebihi 100 meter panjang, ia mampu menciptakan daya musnah sekitar 10 kali ganda daripada gunung berapi.

Menurut NASA lagi, 2013AX melintasi bumi dan mengelilingi matahari setiap 809 hari dan sebelum ini tidak menimbulkan sebarang masalah.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.