Siakap Keli
nasa
Gambar Via Science Alert

NASA Dilapor Temui ‘Pintu’ Misteri Di Planet Marikh

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilaporkan telah menemui satu ‘pintu’ misteri di planet Marikh.

Memetik laporan India Times, bukaan segi empat tepat itu kelihatan seperti pintu bawah tanah yang mungkin membawa kepada tamadun bawah tanah.

Imej pintu tersebut telah diambil oleh dron milik NASA, Curiosity Rover pada 7 Mei lalu ketika ia berada di satu kawasan yang dikenali sebagai Gunung Sharp.

Sejak ia tular di media sosial, pelbagai spekulasi atau teori yang telah tercetus berkaitan pintu ini termasuk dakwaan bahawa ia merupakan kawasan makhluk asing.

Bagaimanapun, saintis dari Makmal Sains Marikh, Ashwin Vasavada berkata bahawa ‘pintu’ tersebut hanyalah ruang antara dua bahagian di dalam batu.

Menurutnya, kawasan tersebut juga telah terbentuk daripada bukit pasir purba yang bertimbun antara satu sama lain selama berabad-abad.

Disebabkan proses tersebut, ia menjadi retak di tempat yang berbeza.

Maka, ia sebenarnya bukan ‘pintu’ tetapi bukaan kecil di dalam batu yang dipercayai mempunyai ketinggian kira-kira 30 sentimeter.

“Biasanya keretakan bukit pasir Marikh adalah menegak. Dalam kes ini, nampaknya terdapat dua bahagian dan bahagian tengah telah dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Curiosity pertama kali mendarat di Marikh pada tahun 2012 dan sejak itu telah menjelajah bukit pasir terpencil di planet itu.

Setakat ini, ia telah mengembara sejauh 27.84 kilometer selama 3,472 hari Marikh (dipanggil ‘sols).

Sumber: India Times

Sofea

There's always another side to every story