Siakap Keli
KKN Desa Penari
Gambar: Tribunstyle.com

Gempar, Lelaki Dakwa Temui Kampung Terpencil Dalam Hutan Yang Disangka Lokasi Sebenar Filem ‘KKN Desa Penari’

Sebuah foto tular memaparkan penemuan mengejutkan sebuah rumah misteri yang disangka lokasi sebenar dalam filem seram Indonesia, KKN Desa Penari, lapor Tribun Style.

Baru-baru ini, sebuah filem seram baharu yang sedang menjadi trending di Indonesia, KKN Desa Penari telah berjaya ‘memecahkan’ panggung wayang di sana.

Dalam filem tersebut, antara elemen penting yang diketengahkan dan cukup menjadi tanda tanya dalam kalangan penonton adalah lokasi penggambarannya.

Menurut Tribun Style, persoalan timbul tersebut menekankan; di manakah sebenarnya lokasi penggambaran filem itu? Sama ada ia adalah lokasi sebenar mahupun tidak, segalanya masih belum dapat dipastikan.

Namun difahamkan, kebanyakan cerita dan khabar angin yang tersebar mendakwa lokasi sebenar penggambaran filem itu dijalankan adalah di daerah Banyuwangi, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di kawasan timur dari Pulau Jawa.

Sebuah saluran YouTube telah menyiarkan video keadaan perkampungan itu apabila ditemui. Dalam video yang dirakam itu, ia memaparkan keadaan sebuah kampung yang sepi di tengah hutan.

Pemilik video berkenaan, Sultoni Irsyah, mengatakan bahawa daerah yang dijumpainya itu adalah lokasi asli KKN Desa Penari yang sering disebut-sebut.

KKN Desa Penari
Gambar: Tribunstyle.com

Sultani turut menyatakan bahawa dia mengalami sedikit kesulitan sehingga tiba di lokasi itu, sehingga terpaksa meredah laluan jalan yang sempit hingga meredah hutan untuk tiba di sana.

Semasa tiba, dia mendakwa menjumpai sejumlah penduduk yang bilangannya tidak ramai, sebelum menemui binaan rumah yang sudah tidak didiami lagi serta dipenuhi semak-samun.

Dikatakan tidak ada seorang pun yang tinggal di kawasan itu. Agak menyeramkan, bukan? Video yang dimuat naik ke siaran Youtube miliknya itu telah ditonton lebih 280,000 kali tontonan setakat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut pengalamannya menemui lokasi KKN Desa Penari di tengah-tengah hutan misteri, anda boleh ikuti videonya di bawah ini.

Untuk pengetahuan, KKN Desa Penari merupakan filem hasil adaptasi dari kisah sebenar.

Filem terbitan MD Pictures ini dibintangi oleh Tissa Biani, Adinda Thomas, Achmad Megantara, Aghniny Haque, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha dan Kiki Narendra.

Meskipun dipercayai seram sehingga menjadi trending, bagaimanapun pihak produksi masih merahsiakan lokasi sebenar penggambaran filem itu daripada orang awam.

Sumber: Tribunstyle.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?