Fenomena gerhana bulan penuh dilaporkan berlaku semalam dan dapat dilihat di beberapa negara termasuk di benua Amerika Utara, barat Eropah, barat Afrika dan Lautan Atlantik.
Menurut Malaysian Space Agency (MYSA), gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan bumi (perigee) iaitu pada jarak 360,297km.
Gerhana bulan penuh ini juga merupakan central lunar eclipse iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera bulan melalui paksi bayang umbra bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra bumi.
Untuk pengetahuan, central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah.
Di negara kita, fenomena ini berlaku mulai jam 9.32 malam dan berakhir pada jam 2.50 pagi.
Disebabkan itu, ia tidak dapat dilihat secara keseluruhan kerana berlaku apabila bulan berada di bawah ufuk.
Di Pantai Timur Amerika Syarikat pula, orang ramai sudah boleh melihat fenomena tersebut bermula pada 9.32 malam ketika bulan memasuki penumbra.
Susulan itu, orang ramai yang berpeluang untuk melihat fenomena tersebut telah berkongsi foto-foto gerhana bulan yang sangat menakjubkan.
The Super Flower Blood Moon Lunar Eclipse in Cleveland, OH pic.twitter.com/VTeJG2mBTA
— Gabe Wasylko (@GabeWasylko) May 16, 2022
A stunning "Blood Moon" total lunar eclipse was observed in Sheerness at 4 a.m. local time in #Kent, the #UK. #BloodMoon pic.twitter.com/hhA7uOxu0x
— Frontline (@Frontlinestory) May 17, 2022
Enjoy these shots from the lunar eclipse! pic.twitter.com/fPnDhJHmdi
— josh (@notjoshjosh) May 16, 2022
If you haven’t caught a glimpse of the #LunarEclipse, my dad’s friend has a real nice camera and i’d like to share with you all 🙂 pic.twitter.com/JWs0FQiq06
— Eaonns (@eaonns) May 16, 2022
Last nights lunar eclipse. pic.twitter.com/IkbqJXNAJB
— Philip Orr (@fils_photos) May 16, 2022
Bagi yang ingin melihat fenomena tersebut dari awal, anda boleh menonton video-video di bawah ini.
Menurut Space.com, gerhana bulan penuh seterusnya akan berlaku pada 8 November 2022.
Kemuncak gerhana tersebut akan dapat dilihat di atas Lautan Pasifik dan orang ramai di barat Amerika Syarikat, Asia Timur dan Australia akan dapat melihat fenomena itu.
Selain itu, gerhana matahari separa pula akan berlaku pada 25 Oktober dan boleh dilihat dari Eropah, Timur Tengah, Timur Laut Afrika dan Asia Barat.