Siakap Keli
wanita jepun pilih malaysia
Gambar: AFP

Wanita Jepun Tolak Gaji Lumayan Di Tanah Air, Pilih Kerja Di Malaysia

Wanita Jepun Tolak Gaji Lumayan Di Tanah Air, Pilih Kerja Di Malaysia 

Malaysia sememangnya sebuah negara yang cukup bertuah, bukan sahaja dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mempesonakan.

Malah, negara ini turut menjadi pilihan warga asing untuk menetap, membina kehidupan baharu dan mencari rezeki.

Bahkan, saban masa dapat dilihat bahawa Malaysia semakin diminati warga luar, termasuk dari negara maju seperti Jepun.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di platform TikTok oleh seorang wanita Jepun menerusi laman TikTok @racewonderland.

“Gaji di Malaysia lebih rendah daripada Jepun, tapi…”

Wanita ini mendedahkan bahawa dia lebih selesa bekerja di Malaysia berbanding di Jepun, walaupun gaji di negaranya jauh lebih tinggi.

“Gaji di Malaysia memang lebih rendah daripada Jepun. Tapi bagi saya, itu tak mengapa… sebab saya lebih perlukan masa lapang di luar waktu kerja dan suasana yang lebih santai,” katanya.

Mungkin, keputusannya untuk bekerja di Malaysia banyak dipengaruhi oleh budaya kerja di Jepun.

Umum diketahui, di Jepun, bukan perkara asing untuk pekerja pulang lewat malam, kurang bercuti dan terikat dengan struktur kerja yang ketat.

“Anda kena tahu gaji bersih di Jepun…”

Satu lagi fakta menarik yang dikongsikan adalah mengenai tanggapan bahawa bekerja di Jepun menjanjikan pendapatan lumayan.

Dari segi jumlah kasar, wanita ini mengakui bahawa gaji di Jepun sememangnya lebih tinggi. Namun, wanita ini mendedahkan satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu.

“Ramai orang Malaysia cakap gaji di Jepun sangat tinggi. Ini memang benar tapi anda kena tahu gaji bersih di Jepun memang rendah sebab cukai setinggi 30 peratus.

“Jadi setiap kali saya dapat gaji, saya rasa sedih,” kongsinya lagi.

Selain itu, wanita ini turut mengakui bahawa gaji dan kos sara hidup di Malaysia jauh lebih baik.

BACA: Wanita Korea Kongsi Perkara ‘Mengejutkan’ Di Malaysia

BACA: Ketahui Usia Bumi, Cara Saintis Mengetahuinya & Sampai Bila Bumi Akan Bertahan

BACA: Maksud Sebenar Nombor Pada Pelekat Buah, Sayur Di Pasar Raya

Sumber: TikTok @racewonderland

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.