Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar via Bernama

Tiga Kontraktor Didenda Guna Penyata Akaun Bank Palsu Mohon Tender

Faiz Mustafa

ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) — Tiga kontraktor didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan penyata akaun bank syarikat untuk melayakkan mereka mendapatkan tender pembersihan awam pada 2019.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhaimi Mohd, 47, Shafizawati Shafiee, 48, dan Arman Yani Anuar, 51.

Suhaimi dijatuhkan hukuman denda RM80,000 atas dua pertuduhan manakala Shafizawati dan Arman Yani masing-masing didenda RM45,000 atas satu pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Suhaimi telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun Affin Bank Berhad dan Maybank Islamic bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender Penswastaan ​​Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah&Perlis) di sini pada 19 Jan 2019.

Sementara itu, Shafizawati pula dituduh melakukan perbuatan sama dengan menggunakan penyata akaun CIMB Bank bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender yang sama antara 14 Jan hingga 20 Jan 2019 di Wisma Idaman.

Arman Yani pula didakwa membuat tindakan yang sama menggunakan penyata akaun CIMB Bank bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender yang sama antara 15 Jan hingga 17 Jan 2019 di tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur dan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin.

Suhaimi diwakili peguam Khoo Wai Tuck manakala Shafizawati dan Arman Yani tidak diwakili peguam.

Ketiga-tiga tertuduh kemudian membayar denda itu.

— BERNAMA