Satu kajian mendapati bahawa wanita akan lebih suka dan tertarik kepada lelaki yang kaya, lapor Herald Sun.
Menurut laporan, lelaki yang kaya seperti pemilik Tesla, Elon Musk mendapat maklum balas 3.5 kali lebih banyak dalam platform temu janji dalam talian.
Penyelidik mengimbas 1.8 juta profil aplikasi temu janji dari 24 negara dan mendapati bahawa ia sememangnya berlaku di seluruh dunia.
“Ramai orang percaya bahawa ini hanyalah stereotaip tetapi kami mendapati bahawa ia merentasi semua budaya dalam kajian sejak 1980-an.
“Ia adalah nyata,” kata pakar dalam psikologi evolusi, pensyarah Universiti Swansea, Andrew George Thomas.
Kajian tersebut menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan dengan balasan dari hati yang sunyi.
Walaupun wanita juga mendapat lebih perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan tetapi kesannya lebih kecil.
Berkenaan pendidikan dan wang tunai, maklum balas yang diperoleh lelaki sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah. Bagi wanita, ia adalah 103 peratus.
Dr Thomas juga berkata internet mendorong kedua-dua jantina ke tahap yang melampau untuk kelihatan kaya bagi menarik perhatian kekasih.
“Manusia nampaknya mempunyai keutamaan terhadap wang dan kekayaan pada pasangan.
“Hal ini kerana ia bertindak sebagai petunjuk moden yang bersifat lebih umum serta keupayaan untuk mendapatkan sumber seperti makanan, tempat tinggal, peralatan dan perlindungan,” katanya.
BACA: Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun Tak Penuhi Had Masa Dihadapan Skrin – Kajian
Sumber: Herald Sun