Siakap Keli
indonesia tol berpalang

Indonesia Rancang Hapus Tol Berpalang Akhir Tahun Ini, Ganti Dengan Transaksi Digital Nir-Sentuh

Indonesia dilapor merancang untuk menghapuskan sistem tol berpalang tradisional dimana kereta harus berhenti dan bertukar kepada kaedah transaksi digital nir-sentuh iaitu sistem aliran bebas pelbagai lorong (MLFF).

Pengarah Umum Pengangkutan Darat Indonesia, Budi Setiyadi berkata, pihaknya merancang untuk memperkenalkan sistem berkenaan di laluan bertol sepenuhnya akhir tahun ini atau paling lewat pada 2023.

Katanya lagi, sistem ini sudahpun diuji sebelum ini dan ketika ini berada di fasa kajian dan pembangunan (RND). Bagaimanapun, beberapa perkara berhubung pelaksanaannya sudahpun dibincang dengan pihak-pihak berkaitan antaranya Badan Pengatur Jalan Tol (BPJT).

“Mudah-mudahan, perkara ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana di beberapa buah negara, ia sudahpun dilaksanakan.

“Dengan kelajuan 40 – 50kmj, kenderaan boleh terus melaluinya (tanpa berhenti)”, katanya.

Terdahulu, BPJT menyasarkan sistem MLFF ini dapat dipasang di laluan bertol di Pulau Jawa dan Bali pada akhir 2022.

Sistem MLFF beroperasi menggunakan sistem satelit navigasi global (GNSS) dan transaksi pembayaran dibuat melalui aplikasi khusus yang dipasang dalam telefon bimbit pengguna.

GPS akan menentukan kedudukan kereta berkenaan dengan bantuan satelit dan proses pemadanan peta berjalan di sistem pusat. Apabila kereta melintasi kawasan tol dan proses pemadanan peta berakhir, sistem akan membuat pengiraan jumlah bayaran tol yang akan dikenakan.

Melalui sistem ini, kenderaan tidak lagi perlu berhenti di palang tol untuk membuat pembayaran sekaligus mengelak berlakunya kesesakan di kawasan tol.

BACA: Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor Sahkan Tiada Pengeluaran Ayam Dari Ladang Esok

Sumber: Kompas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.