Saga perpindahan pemain muda Perancis yang juga dicanang sebagai antara calon pemain terbaik di dunia seterusnya, Kylian Mbappé, 23, dilaporkan sudah pun berakhir.
Menurut laporan Marca, tonggak utama Paris Saint Germain (PSG) itu memutuskan untuk kekal bersama dengan kelab tersebut dan menamatkan desas-desus perpindahannya ke gergasi La Liga, Real Madrid.
Berita berkenaan turut disahkan oleh wartawan sukan terkenal Itali, Fabrizio Romano melalui satu tweet sebentar tadi.
🚨 Kylian Mbappé will STAY at Paris Saint-Germain. He’s definitely not joining Real Madrid this summer, the final decision has been made and communicated to Florentino Perez. 🤝 #Mbappé
𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐖𝐄 𝐆𝐎.
More to follow – Kylian stays. #PSG pic.twitter.com/rUkFk8jmao
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 21, 2022
Sebelum ini, laporan media menyatakan bahawa Mbappé dan Real Madrid sudahpun mencapai persetujuan mengenai terma-terma kontrak termasuklah bayaran bonus 130 juta Euro, hak imej sepenuhnya dan tawaran gaji yang sangat mewah.
Bagaimanapun, pengurusan tertinggi PSG termasuklah individu-individu penting dalam Pihak Berkuasa Perlaburan Qatar (QIA) yang memiliki kelab tersebut melalui Pelaburan Sukan Qatar (QSI) secara berterusan mengenakan tekanan ke atas Mbappé untuk terus mendengar tawaran yang dibuat kelabnya.
Menurut sumber-sumber terdekat, PSG mendengar semua permintaan Mbappé dan menawarkan segalanya-galanya sehingga membuatkan pihak yang mewakili pemain itu dalam dilema untuk membuat keputusan. Malah, ia dikatakan keputusan paling sukar yang perlu dibuat, khususnya oleh Mbappé.
Selain tawaran gaji dan bonus yang sudah tentunya menggiurkan, Mbappé juga dikatakan akan diberi kuasa untuk menentukan jurulatih, pengarah sukan dan pemain yang mahu dibawa masuk ke dalam kelab tersebut.
Jika laporan itu benar, boleh dikatakan bahawa bintang muda ini bakal mempunyai pengaruh dan kuasa menyamai taraf Pengarah Sukan atau pemilik kelab di musim akan datang.
BACA: Youtuber Pasang GoPro Pada Kura-kura, Tak Sangka Ini Mata Kura-kura Tengok Dalam Tasik Hijau
Sumber: Marca