Siakap Keli
GoPro tasik hijau

Youtuber Pasang GoPro Pada Kura-kura, Tak Sangka Ini Mata Kura-kura Tengok Dalam Tasik Hijau

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tidak tahu tentang kehidupan haiwan yang berada di dalam tasik, kan? Tak kurang juga, yang ingin tahu apa yang ada dalam sebuah tasik yang hijau warna airnya.

Ya, setiap kali melihat tasik atau sungai yang warnanya kehijauan pasti kita semua sudah memikirkan ‘sesuatu’ yang menyeramkan. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah tasik ini dipenuhi dengan ikan atau sebaliknya?

Pasang GoPro Selami kehidupan dalam tasik hijau

Jadi, sekumpulan Youtuber dari laman Monster Mike Fishing ini memasang GoPro pada seekor kura-kura yang berjaya dipancing oleh mereka di sebuah tasik.

Tidak dinafikan tentang keupayaan kamera berdefinasi tinggi, GoPro ini tiada tandingannya. Ia sering menjadi pilihan pertama buat mereka yang menggemari aktiviti sukan lasak atau sukan ekstrim. Malah tak kurang juga yang gemar menjadikan GoPro ini sebagai ‘mata’ di dalam kehidupan lain.

Video yang dimuat naik ini telah mendapat lebih 22 juta tontonan dan pastinya menarik perhatian ramai terutamanya buat mereka yang ingin tahu tentang kehidupan lain di dalam tasik.

Menerusi rakaman tersebut, bukan senang untuk menyelami hidupan kura-kura di dalam air ini namun eksperimen yang dilakukan oleh Youtuber ini mungkin boleh memberi kejutan kepada anda semua.

Anda juga boleh melihat cara kura-kura ini berenang di dalam air dan cara ia mencari mangsa untuk dijadikan makanan.

Jadi, jom ‘selami’ video di bawah ini.

Sumber: Monter Mike Fishing

Baca juga: Dakwa Isteri Curang, Lelaki Tikam Isteri Berkali-kali Dalam Kereta Api Kerana Cemburu Buta

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang