Siakap Keli

Ini Ciri ‘Wajib’ Kereta Untuk ‘Travel’ Jauh, Isteri Baru Terlelap, Elok Bangun Tahu-tahu Dah Sampai

Bila nak travel, perkara pertama yang kita fikirkan adalah keadaan kenderaan itu iaitu yang paling banyak digunakan adalah kereta. Lebih-lebih lagi jika perjalanan tersebut jauh, kita mesti akan memastikan kenderaan itu selesa untuk dinaiki dan selamat di sepanjang perjalanan. Tambahnya pula sekarang ni dah masuk dalam musim perayaan, bermakna ramai oranglah akan travel jauh untuk menghadiri jemputan rumah terbuka dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, memandangkan ramai yang ‘balas dendam’ sebab dua tahun tak dapat balik kampung halaman untuk beraya, maka tahun ini berkali-kali pula mereka pulang untuk meraikan Syawal walaupun sudah lebih seminggu daripada hari raya pertama.

Bercerita tentang perjalanan balik kampung, biasanya lelaki atau pun kaum suami yang selalu menjadi ‘mangsa’ untuk mengemudi kenderaan walaupun beratus-ratus kilometer perlu ditempuhi. Ditambah pula dengan keadaan trafik yang agak sesak, ia pastinya akan mendatangkan rasa letih dalam diri. Tapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tabiat pasangan atau isteri yang sering terlelap dalam kereta, bila sudah celik mata tahu-tahu sudah sampai.

Apa tidaknya, kalau dah sepanjang perjalanan terus menerus melelapkan mata, memang tidak sedarlah bahawa perjalanan tersebut jauh dan dalam keadaan trafik yang tinggi. Biasanya kalau dah sampai berjam-jam diulit mimpi dalam kenderaan, sudah pasti kenderaan tersebut selesa dan berada dalam keadaan yang baik.

Sekiranya mahukan perjalanan yang selamat, selesa serta pemanduan yang sentiasa lancar, anda perlu meneliti beberapa ciri terhadap kereta tersebut seperti yang dinyatakan di bawah:

Tempat duduk

travel

Disarankan agar anda memilih untuk menggunakan kerusi kulit. Ini kerana kerusi kulit lebih selesa untuk duduk, lagi-lagi kalau melibatkan perjalanan yang jauh. Tak adalah sakit badan sangat kalau nak duduk lama-lama. Selain daripada itu, pemilihan kerusi yang ergonomik juga amat penting untuk menjamin keselesaan. Ia kerana, kerusi ergonomik boleh mampu menampung keseluruhan badan anda ketika anda duduk di kerusi tersebut, sekali gus selesa untuk duduk lama-lama.

Keselamatan

travel

Keselamatan perlulah menjadi keutamaan yang perlu dipertimbangkan sebelum hendak memilih sesuatu kereta itu. Ia kerana, faktor keselamatan ini boleh menjadi asbab untuk mengurangkan kecederaan mahu pun menyelamatkan nyawa sekiranya suatu hari nanti kereta anda terlibat dalam kemalangan. Seiring dengan pemodenan teknologi, Honda telah banyak memperbaharui sistem keselamatan keretanya bagi melindungi nyawa para pelanggannya. Teknologi keselamatan yang terdapat dalam model kereta Honda kini dikenali sebagai Honda SENSING.

Sistem ini dengan 9 ciri unik untuk memberikan amaran kepada pemandu sekiranya terdapat apa-apa objek yang berada berdekatan dengan kenderaan anda. Sistem ini dapat memberikan amaran awal kepada anda supaya lebih peka dan bersedia sekali gus dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Enjin

travel

Selain ciri-ciri di atas, keadaan enjin juga sangat penting untuk mempengaruhi keselesaan pemandu dan penumpang. Antaranya adalah enjin yang jimat minyak. Penjimatan minyak adalah salah satu perkara yang amat dititik beratkan oleh sesetengah orang sebelum membeli kereta. Justeru daripada itu, usah risau lagi berkenaan perkara ini kerana enjin yang terdapat dalam setiap model kereta Honda dijamin dapat memberikan penjimatan minyak yang maksimum.

Saiz kenderaan

travel

Saiz kenderaan adalah ciri yang agak penting. Ini kerana pemilihan sesuatu kereta itu perlulah dibuat berpandukan jumlah penumpang yang akan menaiki kenderaan tersebut. Jumlah penumpang perlu sesuai dengan kapasiti kenderaan tersebut. Jika Anda mempunyai keluarga yang besar, maka anda perlulah memilih kereta yang boleh memuatkan ramai penumpang. 

Selain dari itu juga, ruangan bonet yang besar juga agak penting. Ini kerana, jika ruangan bonet itu mencukupi untuk menampung barangan penumpang, maka tidak perlulah ada penumpang yang akan meriba barang.

travel

Pun begitu, perkara itu semuanya boleh diatasi jika anda memilih untuk membeli kereta jenama Honda. Kereta Honda boleh dilihat sebagai pilihan yang tepat kerana terdapat pelbagai model yang mempunyai ciri-ciri yang terbukti selesa dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Antara model yang boleh dipertimbangkan adalah model BR-V, CR-V, HR-V, City Hatchback dan City. Selain terbukti selesa, kereta Honda juga turut terkenal dengan pemanduan yang lancar serta rekaan dalaman yang cantik dan tampak mewah. Jadi tidak rugilah jika anda memilih untuk memiliki kereta idaman ramai rakyat Malaysia ini.

Lebih menarik, pada musim perayaan ini, Honda sedang mengadakan tawaran istimewa ke atas beberapa model keretanya yang terpilih. Tawaran yang dimaksudkan adalah merupakan bonus perayaan, rebat istimewa atau baucar servis yang bernilai sehingga RM4,000. 

Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat serbu pusat jualan Honda terdekat untuk menikmati tawaran istimewa ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tawaran ini, sila kunjungi laman sesawang seperti berikut:

Website: https://www.honda.com.my/happening/56/share-ceria-deals

Facebook: https://www.facebook.com/hondamalaysia/

YouTube: https://www.youtube.com/user/MyHondaTV

Instagram: https://www.instagram.com/hondamalaysia/



Aqmal Ezany

I write what is right