Siakap Keli
Kredit: Daily Star

Ikan Marlin Biru 621kg & Kedua Terbesar Berjaya Ditangkap Di Lautan Atlantik

Sekumpulan pemancing telah berjaya menangkap seekor ikan marlin biru gergasi seberat 621.4 kilogram di Kepulauan Cape Verdes pada 19 Mei lalu.

Menurut portal Daily Star, tangkapan tersebut adalah merupakan yang kedua terbesar pernah direkodkan di Atlantik.

Ikan tersebut berukuran dua kali ganda daripada ketinggian manusia iaitu sepanjang 365 sentimeter (sm) dan kelihatan seakan-akan dalam filem fiksyen berbanding haiwan sebenar.

Kumpulan pemancing yang diketuai oleh Ben Vorster dan Kapten Ryan ‘Roo’ Williamson telah menarik perhatian ikan gergasi itu untuk membaham umpan yang disediakan.

Mereka perlu ‘beradu’ tenaga selama 30 minit sebaik sahaja umpan disambar untuk membawa naik ikan tersebut ke atas bot sebelum kembali ke jeti.

Setelah menimbang berat haiwan itu, mereka mendapati ia bukanlah ikan marlin biru terbesar yang pernah ditangkap di perairan tersebut.

Hal ini kerana ikan seberat 621.4 kg itu adalah lebih ringan berbanding pemegang rekod IGFA All Tackle World Record pada tahun 1992.

Bagi rekod tersebut, ikan merlin biru yang terbesar di dunia pernah ditangkap di perairan Brazil adalah seberat 635.9 kg. Justeru, ikan yang ditangkap oleh para pemancing itu, dikategorikan sebagai ikan kedua terbesar.

Hasil tangkapan kumpulan pemancing itu kemudiannya disiang sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan.

Sumber: Daily Star

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.