Siakap Keli
anyam sampul raya

Sampul Duit Raya Banyak Lebih, Lelaki Anyam Jadi Gubahan & Lukisan Cantik Buat “Frame” Hiasan Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selepas hari raya, pasti akan ada banyak sampul duit yang bersepah di rumah. Tambah-tambah lagi mereka yang mempunyai anak kecil, sudah tentu sisa sampul raya ‘bersepah’ di rumah.

Nak buang rasa sayang, bila disimpan lama kemungkinan ia akan rosak jadi terpaksalah buang juga. Pernah tak anda terfikir sebenarnya ada cara untuk tidak membuang sampul duit raya begitu sahaja? Ya, ada sesetengah orang yang simpan untuk digunakan jika bertandang ke kenduri, tak kurang juga ada yang simpan sampul duit untuk digunakan pada tahun seterusnya.

Tetapi lain pula dengan cara pemilik akaun Twitter @Wisylukis ini. Siapa sangka, idea kreatif jejaka ini menghasilkan satu lukisan daripada anyaman sisa sampul duit raya yang berada di rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

“Banyak betul sisa-sisa sampul duit raya kat rumah aku. Jadi daripada buang, aku cuba anyam dan jadikan lukisan.”

anyam sampul raya

Siapa sangka daripada sisa sampul duit raya yang sudah tidak digunakan menjadi satu lukisan yang penuh bermakna dan ia tampak lebih ‘fresh’. Bukan itu sahaja, anyaman lukisan ini juga dijadikan ‘frame’ untuk kenangan.

Difahamkan, WisyLukis ini sangat kreatif, anda boleh melihat karyanya di laman Instagram miliknya. Di laman media sosial miliknya, pelbagai lukisan kreatif bukan sahaja melukis pada kertas tetapi di setiap permukaan yang baginya boleh dilukis.

Jom tonton video di bawah untuk anda melihat sendiri bakat yang ada pada Wisylukis, pastinya membuatkan anda rasa terpukau dengan hasil lukisannya.

Sumber: Wisylukis

Baca juga: Indah-indah Belaka, Ini Mungkin Apa Yang Penduduk Bumi Lihat Jika Planet-planet Lain Jadi Bulan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

" "