Tiada bulan bermaksud tiada lagi pantulan cahaya matahari pada waktu malam serta boleh menjadikan langit pada waktu malam lebih gelap. Pastinya, tiada lagi keindahan di langit malam seandainya Bulan tidak muncul menjadi lampu kepada Bumi saat cahaya sang suria mengundurkan diri buat seketika.
Kepentingan penciptaan Bulan kepada Bumi dan seluruh isinya memang tidak lagi boleh dinafikan lagi. Begitupun, seorang artis lakaran menghasilkan beberapa lakaran yang menggambarkan situasi di kaki langit seandainya planet-planet menjadi Bulan kepada Bumi.
Mari kita bersama-sama menelusuri lakaran-lakaran grafik dibawah.
Apa pendapat anda apabila planet-planet menjadi Bulan bagi Bumi?
Bayangkan jika planet Musytari menjadi Bulan? Sudah tentu planet gergasi itu kelihatan sangat jelas daripada Bumi.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878185601210/
Jika planet Zuhal menjadi Bulan, ia kelihatan unik dan menawan namun tetap akan kelihatan seperti terlalu dekat dengan Bumi kan? Ditambah pula dengan gegelang yang melingkari planet tersebut, sudah tentunya ia sangat berbeza daripada bentuk Bulan yang biasa kita lihat.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878222267873
Seterusnya, apabila planet Uranus menjadi Bulan, berkemungkinan tempat gelap pun akan tampak lebih terang.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878265601202
Seandainya Neptun menjadi Bulan bagi Bumi, penduduk di Bumi mungkin perlu membiasakan diri untuk melihat fenomena taufan ganas yang sering berlaku di planet itu pada jarak yang lebih deka. Seram sejuk kita nanti.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878312267864
Bagaimana pula jika planet yang berjiran dengan Bumi menjadi Bulan? Mungkin lebih sesuai dek kerana saiznya yang lebih kecil berbanding planet-planet lain. Comel dan molek untuk disaksikan setiap malam.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878355601193
Bayangkan jika Bumi pula menggantikan Bulan. Seolah-olah kita melihat refleksi kepada diri sendiri. Mungkin kita akan lebih menghargai keindahan Bumi apabila kita melihatnya dari jauh, sama seperti kita mengagumi keindahan Bulan.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878478934514
Namun yang pasti sampai bila-bila pun, ciptaan Tuhan adalah yang paling sempurna kerana Dia adalah Maha Pencipta. Walaupun Bulan kelihatan kecil, ia mampu menerangi seluruh Bumi hingga tiada tempat yang tidak dilimpahi pantulan cahaya Matahari di malam hari.
https://www.facebook.com/AstrolabMalaysia/photos/pcb.560878522267843/560878432267852
Sumber: Astrolab
Baca juga: Youtuber Pasang GoPro Pada Kura-kura, Tak Sangka Ini Mata Kura-kura Tengok Dalam Tasik Hijau