Pemilik kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ingin mengeluarkan wang disarankan supaya menggunakan ATM BSN buat sementara waktu.
Hal ini susulan jumlah transaksi ATM yang tinggi, menyebabkan pelanggan berkemungkinan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan wang di ATM bank lain menerusi rangkaian MEPS.
Perkara itu dimaklumkan BSN menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
“BSN menyarankan agar anda menggunakan kad ATM BSN di ATM BSN buat sementara waktu.
“Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 03-2613 1900 atau e-mel ke [email protected],” katanya.
BSN turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran semua pelanggannya.


