Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sami Menang RM1 Juta Cabutan Jutawan BSN SSP Ke-124

Sami Menang RM1 Juta
Kredit: BSN

Sami Menang RM1 Juta Cabutan Jutawan BSN SSP Ke-124

GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Seorang sami berusia 73 tahun muncul pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) ke-124 dengan memenangi wang tunai RM1 juta.

Chan Chai Siang yang berasal dari Butterworth dan kini menetap di Air Itam, mula menyimpan dalam BSN SSP pada Januari tahun lepas.

“Wang yang saya simpan ini kebanyakannya hasil daripada angpau dan sumbangan diterima daripada orang ramai.

“Sebahagian wang itu juga saya gunakan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya selepas menerima cek cura kemenangan di Cawangan Utama BSN Pulau Pinang di sini hari ini.

Chan yang menjadi sami sejak 1985 dan pernah bekerja di beberapa kilang di Singapura dan Pulau Pinang berkata dia belum mempunyai perancangan khusus terhadap wang dimenangi itu dan buat masa ini bercadang menyimpannya di bank demi masa depan, selain terus membantu mereka memerlukan.

BSN SSP 2026 bertemakan “BSN SSP Jom Jadi Jutawan” menawarkan hadiah Cabutan Jutawan bernilai RM1 juta kepada seorang pemenang setiap bulan dari Januari hingga November, manakala hadiah bonanza pada Disember menawarkan BSN SSP RM1 juta dan sebuah Porsche Macan X kepada seorang pemenang.