Siakap Keli
bomba kereta terjunam
Foto: Bomba Sarawak

Bomba Giat Kesan Sebuah Kereta, Dilapor Terjunam Dalam Sungai Rajang

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Bomba Sarawak dilapor sedang berusaha mengesan sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Rajang, tengah malam tadi.

Memetik daripada laporan ringkas Jabatan Bomba Negeri Sarawak memaklumkan, mereka menerima panggilan yang melaporkan sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 12.40 tengah malam berhampiran Kingwood Hotel, Sibu.

Menurut laporan daripada Komander Operasi Bomba, seorang lelaki (saksi) datang ke kaunter pendaftaran hotel dan memaklumklan sebuah kereta bergerak laju lalu melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam sungai.

Merujuk kepada kenyaatan saksi, pekerja hotel tersebut kemudian terus menghubungi pihak Bomba.

Pihak Bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di lokasi kejadian mendapati besi penghadang jalan telah terjatuh ke dalam sungai. Pasukan Bomba kemudian bertindak melancarkan pencarian awal lokasi kenderaan tersebut dipercayai terjunam.

Ketua BBP Sibu Central berkata, operasi diteruskan pada pagi ini oleh Pasukan Penyelamat di Air (SCUBA) Bomba. Operasi diketuai oleh PKPgB Suna Hj Kaha.

https://www.facebook.com/BombaSarawak999/photos/pcb.3267997746765813/3267997580099163

Tiadak maklumat lanjut dikongsikan berkenaan status pemandu dan juga bilangan penumpang sekiranya ada.

Beberapa keping foto dan juga video dipercayai dirakam di lokasi kejadian yang memperilihatkan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat turut menjadi tular di media sosial.

BACA: Tokoh Islam Indonesia, Buya Syafii Meninggal Dunia Pagi Tadi

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.