Siakap Keli
Foto: Kompas

Tokoh Islam Indonesia, Buya Syafii Meninggal Dunia Pagi Tadi

Seluruh umat Islam terutamanya di Indonesia menerima khabar duka apabila tokoh Islam negara tersebut, Buya Syafii Maarif disahkan meninggal dunia.

Buya Syafii Maarif atau Ahmad Syafii Maarif merupakan bekas Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di kediamannya di Sleman, Yogyakarta pada 10.15 pagi waktu tempatan, hari ini (Jumaat).

“Muhammadiyah dan rakyat Indonesia bersedih. Buya Prof Dr H Ahmad Syafii Maarif meninggal dunia,” kata Ketua Umum PP Muhammadiyah Haedae Nashir.

“Semoga beliau husnul khatimah, diterima amal ibadahnya, diampuni kesalahannya, dilapangkan di kuburnya dan ditempatkan di jannatun na’im. Mohon dimaafkan kesalahan beliau dan doa dari semua,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital PKU Muhammadiyah Gamping pada 14 Mei lalu kerana alami sesak nafas akibat jantung yang lemah.

Begitupun, keadaan mantan PP Muhammadiyah bagi tempoh 1998 hingga 2005 dilaporkan semakin baik. Malah doktor juga telah membenarkan Allahyarham pulang ke rumah.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Umum PP Muhammadiyah Abdul Mu’ti, keadaan Buya Syafii kembali menurun dan dirawat sekali lagi di PKU Muhammadiyah sebelum meninggal dunia sekitar jam 10.15 pagi.

Jenazah disemadikan di Majid Gedhe Kauman Yogyakarta selepas Solat Jumaat hari ini dan dikebumikan di Pemakaman Khusnul Khatimah di Kulongprogo.

BACA: Bomba Giat Kesan Sebuah Kereta, Dilapor Langgar Penghadang & Terjunam Dalam Sungai Rajang

Sumber: Nasional Kompas, AMP Kompas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang