Siakap Keli
Proton Saga Kenya

Hebat, Proton Saga Dipilih Sebagai Model Sedan Paling Laris 2021 Kenya

Siapa sangka, sejak syarikat pengeluar nasional, Proton yang mula bertapak di Kenya pada 2020 lalu, salah satu modelnya iaitu Proton Saga telah menjadi pilihan utama penduduk tempatan di situ.

Dalam satu hantaran Facebook oleh Proton Kenya, Proton Saga diiktiraf sebagai model kereta sedan paling laris di pasaran negara berkenaan untuk tahun lepas.

Untuk pengetahuan anda, Simba Corpotion merupakan pemegang francais jenama Proton di pasaran Kenya.

Di Kenya, Saga ditawarkan dalam tiga pilihan varian yang terdiri daripada varian Standard MT, Standard AT dan Premium AT.

Merujuk pada laman web Proton Kenya, kadar bayaran ansuran bulanan Saga adalah serendah KSh. 29,400 (RM1,112) sebulan. Proton turut menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 150,000km untuk model Saga di Kenya.

Selain Saga, Proton Kenya turut menawarkan dua lagi model iaitu Persona dan X70. Pada November tahun lalu, Proton Kenta memaklumkan X70 dipilih sebagai kenderaan rasmi agensi keselamatan negara itu.

Terdahulu, Proton baru sahaja melancarkan Proton Saga 2022 yang menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding model sebelumnya.

Kali ini, Proton menawarkan 4 varian dengan varian paling tinggi, 1.3L Premium S AT yang dijual pada harga RM 44,300 mencuri tumpuan ramai peminat dunia automatif negara.

Tiga lagi varian yang lain adalah 1.3L Standard MT (RM34,400), 1.3L Standard AT (RM38,300) dan 1.3L Premium AT (RM41,300).

Antara pembaharuan yang ditawarkan adalah seperti cermin sisi auto lipat, rim bersaiz 15 inci, roda stereng dan tempat duduk balutan kulit leatherette, push start button, keyless entry dan sistem lampu dalam malap sendiri. Kesemua ciri ini bagaimanapun hanya ditawarkan pada model 1.3L Premium S AT sahaja.

Sumber: Proton Kenya

Baca juga: Matahari Tegak Atas Kaabah Petang 28 Mei Ini, Orang Ramai Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang