Siakap Keli
jurulatih silat singapura meninggal dunia
Sumber: CNA

Tragedi Bercuti Bersama Isteri Dan Anak, Jurulatih Silat Singapura Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Jurulatih silat Singapura, Mochammad Ichsan Nur Romadhon meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Bali, menurut Persekutuan Silat Singapura (Persisi) pada Sabtu.

Allahyarham yang berusia 33 tahun dan telah bersama dengan Persisi selama lapan tahun, dikatakan meninggal dunia di Bali ketika bercuti bersama isteri dan dua orang anaknya.

Amat disayangi oleh semua orang dalam komuniti silat, Jurulatih Romadhon telah memberi sumbangan yang besar kepada pencapaian pasukan.

”Takziah kami ucapkan kepada keluarganya. Kami berkongsi kesedihan ini dan juga semua cinta dan kenangan,” kata Persisi di Facebook.

Menurut ahli Persisi, Fiona Azlani, Allahyarham menaiki kereta dari Bali ke Surabaya melalui lebuh raya ketika kejadian itu berlaku.

Isterinya dikatakan dibawa ke hospital akibat kecederaan di kepala manakala anak-anaknya mengalami cedera ringan.

Kematian Allahyarham berlaku seminggu selepas penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 di Hanoi di mana Singapura telah meraih sebanyak empat emas, tiga perak dan empat gangsa beserta persembahan terbaik silat di sukan SEA sejak tahun 2003.

Atlet silat Siti Khadijah Shahrem, yang membawa pulang pingat gangsa dalam acara peringkat wanita Kelas F turut memberi penghormatan kepada Romadhon dalam Instagram miliknya.

“Banyak yang telah anda lakukan untuk saya, atlet anda dan negara. Terima kasih atas segala-galanya jurulatih… kami menyayangi dan menghargai anda,” katanya, bersama gambar pasukan silat pada temasya baru-baru ini.

Sumber: CNA 

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.