Siakap Keli
Gambar: Bernama/kontinjenmalaysiaofficial

Segak Bergaya, Dhabitah Ketuai Kontinjen Negara Di Pembukaan Sukan SEA Ke-31

Temasya Sukan SEA ke-31 secara rasminya bermula selepas upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang sebentar tadi.

Dalam upacara yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, perarakan masuk kontinjen Malaysia pastinya antara yang mencuri tumpuan.

Segak berpakaian tradisional, jaguh terjun negara, Nur Dhabitah Sabri bertanggungjawab membawa Jalur Gemilang dan mengetuai perarakan tersebut.

Dalam upacara tersebut, Vietnam mempersembahkan acara pembukaan yang memukau mata memandang menerusi warna, cahaya dan bunga api yang bersemarak di Stadium Nasional Ny Dinh.

Temasya sukan dwitahunan yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini dibahagikan kepada tiga segmen, iaitu “Vietnam Yang Ramah”, “Asia Tenggara Yang Kuat” dan “Asia Tenggara Yang Menyinar” , dimulai dengan acara tabik hormat kepada bendera Vietnam dan nyanyian lagu kebangsaan tuan rumah, lapor Bernama.

 

Sumber: Bernama

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: Sofea Shahira
" "