Gelagat seekor burung camar mencuri lebih 17 kilogram makanan di sebuah pasar raya berjaya dirakam menerusi lensa kamera baru-baru ini, lapor Daily Star.
Kejadian itu berlaku di Tesco Extra di Piagnton, Devon di England dan nilai keseluruhan barangan yang dicurinya dianggarkan melebihi RM1,317.
Menurut Daily Star, burung itu telah mencuri makanan di pasar raya itu dalam tempoh setahun dan mungkin jumlah makanan yang telah dicuri lebih daripada itu.
Rakaman baru-baru ini mendapati burung terbabit telah membawa lari bersamanya satu plastik pek Cheddars Cheese, lapor The Sun menerusi Daily Star.

Selain daripada mencuri pek Cheddars Cheese, burung itu juga sering dilihat membawa lari pek Tangy Cheese Doritos dan Monster Munch.
Difahamkan, modus operandinya adalah mengintai di luar pasar raya itu terlebih dahulu sebelum menyelinap masuk melalui pintu automatik dan keluar dengan barangan curi di paruhnya.
Sementara itu, seorang kakitangan pasar raya mendakwa burung camar itu berkeliaran sehingga tiga kali sehari dan menyebabkan mereka menggelarkannya “Steven Seagull”.
Menurut kakitangan tersebut, Liam Brown yang berjaya mendapatkan rakaman jenayah yang sedang berlaku, “Saya telah melihat dia masuk beberapa kali.
“Kali ini dia melompat ke bonet kereta saya jadi saya mula merakam.
“Kemudian dia masuk ke dalam kedai dan lari dengan sebungkus Mini Cheddar,” katanya.

Sementara, rakan pembeli, Jenni Elliot turut menyatakan dia juga pernah melihat burung itu bersama rakannya di atas bumbung.
Juruwang di situ sudah mengetahui yang burung camar tersebut sentiasa mengambil pek Cheese Doritos dan ia adalah kegemaran haiwan itu.
Lagipun mereka juga sudah terbiasa dengan gelagat burung itu yang sering keluar masuk ke dalam pasar raya Tesco tersebut untuk mencuri.
Sumber: Daily Star