Siakap Keli
kanak-kanak dimarahi ibu
Gambar Via Tribun News

Kanak-Kanak Dimarahi Ibu, ‘Order’ Jam Tangan RM90 Secara ‘Online’ Senyap-Senyap

Tular video kanak-kanak dimarahi ibu, dipercayai tempah jam dalam talian senyap-senyap. Buat pembayaran COD.

Penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak kecil sememangnya menjadi kebiasaan pada masa kini. Tanpa disedari, teknologi itu sebenarnya boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai kesan buruk.

Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak.

Sebelum ini, sudah banyak kejadian kanak-kanak yang tersilap memesan makanan atau barang melalui aplikasi dalam talian.

Terbaru, seorang kanak-kanak di Indonesia dilaporkan telah membeli jam tangan menggunakan sistem COD atau pembayaran tunai semasa penghantaran.

Memetik laporan Tribun News, video kanak-kanak yang memegang jam tersebut telah tular di media sosial.

Menerusi video itu, kanak-kanak tersebut kelihatan muram, mungkin kerana dimarahi oleh ibunya.

“Anak ini menempah jam tangan dalam talian dengan harga RP 300 ribu (RM90.35) dengan sistem pembayaran COD, ibu bapanya terkejut,” tulis kapsyen di video itu.

Sambil berdiri memegang bantal kecil, kanak-kanak itu terdiam setelah mendengar bebelan dan kemarahan ibunya.

“Kalau nak apa-apa tanya dulu, jangan terus beli kakak.

“Awak memang ada duit nak bayar ke? Kalau awak tiada duit beli buat apa, siapa nak bayarkan?,” kata ibunya.

Video itu telah mendapat pelbagai respon daripada para netizen. Ada daripada mereka yang menegur tindakan si ibu yang dilihat kasar.

Sumber: Tribun News

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.