Siakap Keli
31 biji burger
Gambar Via CTV News

Wanita Terpaksa Berputih Mata, Anak 2 Tahun ‘Order’ 31 Biji Burger Berjumlah RM400

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan secara tidak sengaja memesan 31 biji burger keju McDonald’s melalui aplikasi penghantaran makanan, DoorDash.

Memetik laporan CTV News, ibu kepada kanak-kanak itu sedang bekerja di rumahnya dan tidak menyedari telefon pintarnya diambil oleh anaknya.

Menurutnya, anaknya hanya menyukai ciri kamera pada telefonnya dan tidak pernah membuka aplikasi lain sebelum ini.

“Dia mula menekan skrin dan menghayunkannya seperti roller coaster,” katanya.

Tidak lama kemudian, dia menerima pemberitahuan bahawa pesanan DoorDash mengambil masa lebih lama daripada biasa.

Selepas itu dia melihat sebuah kereta masuk dan pemandunya mengeluarkan beg McDonald’s yang besar dan mengandungi 31 burger keju.

Pada mulanya dia menyangka pemandu penghantaran berada di rumah yang salah.

“Kemudian saya sedar bahawa anak saya sedang bermain dengan telefon saya.

“Dia benar-benar melakukannya. Pesanan itu sangat ‘aneh’ kerana tiada seorang pun dalam keluarga kami yang menyukai burger keju,” katanya.

Difahamkan, jumlah pesanan tersebut adalah sebanyak 91.70 dollar (RM403.16).

Dia yang juga seorang kakitangan di sebuah sekolah berkata tidak menyangka bahawa insiden itu menjadi tular di media sosial.

Malah, dia dan anaknya telah dijemput untuk bertemu dengan kakitangan McDonald’s.

Ketika itu, anaknya dapat bertemu dengan maskot syarikat, mengambil gambar dan menikmati beberapa ketul ayam.

BACA: Hantar Makanan Di Alamat Sama, 5 Penghantar Makanan Kena ‘Sidai’ Dapat Pesanan Palsu

Sumber: CTV News

Sofea

There's always another side to every story