Siakap Keli
nombor pendaftaran janda
Gambar: Utusan TV

Lelaki Guna Nombor Pendaftaran ‘JANDA’ Ditahan Polis

Sibu – Seorang remaja lelaki telah ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu setelah didapati menggunakan nombor pendaftaran ‘JANDA’ pada motosikal yang ditunggangnya.

Menerusi catatan Facebook Polis IPD Sibu, remaja lelaki itu telah ditahan oleh anggota BSPT yang sedang melakukan rondaan.

Katanya, semasa berada di Lorong Lanang 4, Sibu, polis menahan motosikal lelaki yang menggunakan nombor pendaftaran ‘JANDA’ itu kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Penunggang motosikal tersebut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan telah di bawa ke Balai Polis Trafik,” kata kenyataan semalam.

Polis IPD Sibu berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak lebih RM5000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Tambah kenyataan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan udang-undang jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

Sumber: Utusan TV

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.