Siakap Keli
NASA UFO
Gambar: Daily Mail

NASA Sahkan Bakal Sertai Kerajaan AS Dalam Misi Mencari UFO

NASA dilaporkan telah mengesahkan untuk menyertai misi pencarian UFO bersama kerajaan Amerika Syarikat (AS) selepas menyertai perbicaraan Kongres.

Keterlibatan mereka itu disahkan beberapa hari selepas menyertai perbicaraan Kongres bersejarah beberapa minggu lalu.

Penglibatan NASA juga adalah didorong atas faktor kebimbangan mengenai wujudnya ‘ancaman’ daripada piring terbang itu.

Jurucakap NASA berkata, “kami sedang menilai cara untuk menyumbang kepakaran kami dalam bidang berasaskan angkasa-bumi bagi meningkatkan pemahaman mengenai Unidentified Aerial Phenomena (UAPs)”, dan “telah berunding dengan pelbagai entiti kerajaan”.

Walau bagaimanapun, NASA telah menafikan sebarang penubuhan pejabat persendirian UAP.

Keputusan NASA dibuat beberapa minggu selepas perbicaraan Kongres bersejarah mengenai UAP dalam 54 tahun di mana pengesanan piring terbang itu diperakui secara rasmi.

Semasa perbicaraan berlangsung, mereka juga mengemukakan undang-undang baharu yang mewajibkan pasukan petugas UAP kerajaan dibantu oleh NASA.

“Saya berasa ia akan menjadi sebuah gabungan usaha yang merangkumi kesaksian daripada pekerja dan angkasawan NASA, dan kemudian semakan semula rakaman arkib lama untuk menilai sama ada terdapat penemuan yang boleh membantu AOIMSG”

AOIMSG merupakan singkatan bagi Airborne Object Identification and Management Synchronization Group yang merupakan nama rasmi bagi pasukan petugas UFO.

Sumber itu menambah bahawa  NASA akan melengkapkan pasukan petugas Jabatan Pertahanan UAP, yang didakwa oleh Kongres untuk menyiasat ancaman yang ditimbulkan oleh objek aneh di ruang udara AS dan seterusnya.

Sumber: Wionews

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.