Siakap Keli
acu pistol
Kredit: Daily Star

Polis Buru Lelaki Acu Pistol Ke Arah Wartawan Ketika Siaran Langsung

Wartawan Fox News, Joanie Lum berdepan detik cemas selepas diacu dengan sepucuk pistol oleh seorang lelaki tak dikenali ketika sedang ‘live‘.

Detik mengejutkan itu terjadi sewaktu Joanie Lum sedang melaporkan berkenaan peningkatan keganasan senjata api di kaca televisyen secara langsung.

Joanie Lum, dikatakan terkejut sewaktu menjalani penggambaran segmen “Good Day Chicago” sekitar jam 7 pagi pada 25 Mei lalu.

Ketika kejadian, Joanie sedang fokus membaca notanya sambil berhujah mengenai kebimbangan jenayah senjata api yang kian meruncing di bandar itu.

Secara tiba-tiba, seorang lelaki berjaket hitam berjalan ke arah kamera dan terus mengacukan senjata api di belakang Joanie.

Polis Chicago memohon agar orang ramai membantu untuk mendapatkan maklumat agar mereka dapat mengenal pasti suspek yang digambarkan berusia di antara 18-25 tahun, memiliki ketinggian kira-kira 167.6 cm – 176.7 dan berat antara 57 kg – 63 kg.

Lelaki terbabit dikesan membeli minuman dari Starbucks sebelum kejadian itu berlaku.

Fox News berkata, polis kini memburunya atas kesalahan melakukan serangan menggunakan senjata api.

Kejadian tersebut berlaku selepas insiden pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendah Robb, Texas, yang memakan nyawa seramai 19 kanak-kanak dan dua guru.

Sumber: Daily Star

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.