Terkini, kucing popular di TikTok bernama Pororo selamat ditemui di sebuah gudang hari ini selepas dilaporkan hilang sejak semalam.
Penemuan itu telah dimaklumkan sendiri oleh pemiliknya, Cici Chania menerusi satu video di TikTok.
Kucing yang dikenali sebagai Pororo selamat ditemui dan dilihat sedang ‘bertenggek’ di atas bumbung di sebuah gudang yang tidak dapat dipastikan lokasinya.
“Alhamdulillah, saya ingin beritahu khabar gembira, Pororo sudah dijumpai. Cuma dia masih berada di dalam,” kata Cici.
Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mencari kucing kesayangannya itu.
@cicichania96 Alhamdulillah ya allah #inipororo #alhamdulillah❤️
Semalam, netizen kecoh apabila Pororo dilaporkan hilang di sekitar Bandung. Bahkan, nama Pororo menjadi sohor kini di Twitter.
Kucing itu dipercayai hilang di daerah Jalan Jupiter, daerah Margahayu atau ke Rancabolang di Bandung.
“Hello guys, saya ingin memberitahu berita sedih, Pororo hilang. Mohon kawan-kawan terutamanya di kawasan Bandung tolong carikan. Kalau jumpa Pororo sila hubungi saya secepat mungkin,” katanya Cici semalam.
Pororo sebelum ini menjadi tular selepas aksi bersahaja yang ditunjukkan ketika Live TikTok bersama pemiliknya. Ia juga kelihatan comel kerana memakai baju serta aksesori seperti cermin mata.
Berita penemuannya itu membuatkan rata-rata netizen turut berasa lega dan bersyukur.
Sumber: Portal Jember
Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’