Pengunjung seringkali salah aras bangunan ketika pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Menjadi kebiasaan bagi pengunjung yang datang ke bangunan PWTC semasa festival Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) berlangsung di sana.
Bagaimanapun, festival yang menjadi acara tahunan ini telah ditunda sejak dua tahun lalu. Mungkin ramai pengunjung yang sudah lupa bagaimana bahagian dalam bangunan itu, terutamanya bagi mereka yang pertama kali datang.
Tahun ini pula, festival pesta buku itu akan diadakan semula selepas dua tahun ditunda. Namun akibat sudah lama tidak ke sana, mungkin ada yang sudah terlupa dengan layout dewan konvensyen itu kan?
Tidak hanya memiliki aras yang tinggi, malah kedudukan reruai (booth) buku pun adakalanya agak mengelirukan. Bukan mudah untuk mencari reruai buku pilihan dalam dewan yang terlalu besar itu.
Jadi bersempena dengan PBAKL yang bakal berlangsung ini, seorang warga Twitter berkongsi layout festival berkenaan sebagai rujukan awam agar tidak berlaku lagi kes ‘tersesat’, tidak jumpa lokasi dan pelbagai lagi.
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh @simonmalik_ di Twitter miliknya seperti di bawah ini.
Layout PWTC semasa PBAKL
“Salah tingkat. Tak jumpa booth. Konfius level mana.”
Masalah common pengunjung setiap kali PBAKL.
Dua tahun delay event ni, aku yakin ramai dah lupa macam mana layout WTC masa PBAKL.
WTC ada 5 level. Mari aku break it down.
"Salah tingkat. Tak jumpa booth. Konfius level mana."
Masalah common pengunjung setiap kali PBAKL.
2 tahun delay event ni, aku yakin ramai dah lupa macam mana layout WTC masa PBAKL.
WTC ada 5 level. Mari aku break it down. pic.twitter.com/9VozSM6rBE
— Simon Malik (@simonmalik_) May 28, 2022
Level 2
Level yang ramai anggap Level G walhal sebenarnya Level 2. Sebab?
Ni level ada pintu masuk; sama ada dari LRT atau pintu besar.
Landmark level ni adalah Pentas Utama dan bank.
Pencerahan ringkas macam mana ke WTC KL kat hujung thread nanti.

Level 3
Dewan kat sini nama Tun Razak 3. Kebiasaannya ada publisher besar-besar macam ITBM, buku-buku universiti, rujukan dan publisher luar negara.
Orang kata surau level ni. Tapi seingat aku, nak pergi sana kena naik escalator depan bank level 2.

Level 4
Ramai terlepas sebab anggap level 3. Naik lagi tengok takde hall. ahaha…
Level fokus setiap kali aku ke PBAKL. 2 sebab kebanyakan wishlist aku di sini dan port lepak nak belek buku bila dah beli.
Seterusnya adalah peta reruai dalam Dewan Tun Razak 4

Voila!
Boleh simpan buat rujukan dan share pada member yang lain.
Port lepak dan baca tu kat sebelah pintu masuk berdekatan booth JT x JIWA. Aku suka pakai laluan tu sebab tak crowded sangat.
Maaf aku tak dapat cari semua booth publisher yang ada.

Level 5
Level 5 ni biasanya tak ada apa-apa. Tapi ada satu tahun tu pernah digunakan untuk signing event. Punya ramai orang setiap kali PBAKL.
Rindu sangat dengan suasana tu.
Aku siap berangan nak buat ‘Catch me if you can’ bila BELANTARA baru keluar 2019 dulu. Tapi tu la, covid!

Sumber: Twitter @simonmalik_