Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah dilapor cedera parah akibat jatuh dari jejantas berketinggian 10 meter pada Isnin, lapor AWANI.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pelajar perempuan tingkatan dua tersebut terjatuh ketika menggunakan jejantas berkenaan ketika kira-kira pukul 7:30 pagi.
Difahamkan, jejantas yang digunakan pelajar tersebut menghubungkan dua blok akademik di sekolah berkenaan.
“Mangsa dipercayai mahu pergi ke blok bertentangan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin. Dia dipercayai terjatuh ketika berada di jejantas tersebut pada 7.30 pagi.
“Polis yang mendapat laporan terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya, lapor AWANI.
Ekoran kejadian ngeri itu, pelajar terbabit mengalami kecederaan pada bahagian pinggang yang dilaporkan patah.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana siasatan terperinci masih berjalan.
BACA JUGA: Gadis Maut Payung Terjun Gagal Terbuka, Jatuh Dari Ketinggian Lebih 1,000 Meter
Sumber: AWANI