Siakap Keli
letak nama anak panjang
Gambar via Tribun Bekasi

Letak Nama Anak Panjang Sampai 60 Huruf, Ayah Dedah Sebab Sebenar

Menyediakan nama kepada bayi yang bakal atau baru lahir adalah perkara yang mengujakan bagi mereka yang bergelar ibu bapa. Lebih-lebih lagi mereka yang bakal menimang cahaya mata pertama, sudah pasti lebih teruja.

Memilih nama dengan maksud yang baik sudah pasti kerana ia akan disebut dan akan menjadi satu doa pada pemilik nama itu sendiri. Sesetengah ibu bapa gemar meletakkan nama secara ringkas, namun ada juga yang gemar dengan nama panjang hingga mencecah 60 huruf.

Begitulah cerita sepasang suami isteri di Karawang, Indonesia yang memberikan nama yang panjang kepada ketiga-tiga anaknya. Difahamkan, nama anaknya yang pertama adalah Muhammad Corel Rainbow Early Prince Of Awanamp 1st, anak kedua diberikan nama Bening Putri Berkilau Nairinia Aisya Ayunda Molin Molina Princess Of Awanamp 1st dan yang terkahir Akulah Cinta di Langit Prudence Lovely Princess Of Awanamp.

Memetik Tribun News, hal tersebut menjadi tular dan tumpuan penduduk setempat selepas peraturan dari Kementerian Dalam Negeri (Indonesia) menetapkan kepada dua suku kata dan 60 aksara berhubung nama bayi yang baru lahir.

Gambar: Tribun Bekasi

Menurut Wan Gunawan, ayah dari ketiga-tiga anak tersebut berkata, nama berkenaan bukanlah untuk mencari sensasi tapi untuk memberikan makna dan harapan yang tersendiri. Dia juga berkata tiada niat untuk membiarkan perkara ini tular.

Dia juga menjelaskan bahawa maksud ‘Corel‘ pada nama anak pertamanya adalah simbolik minatnya kepada mereka bentuk imej dengan menggunakan aplikasi di corel draw. Manakala nama anak keduanya pula adalah kerana pengaruh ibunya tehadap ‘skin care’ dan anak ketiga ada perkataan ‘Prudence‘ kerana berkait dengan pergelutan dengan sebuah syarikat insurans.

Gunawan yang merupakan seorang penulis berkata, ketiga-tiga nama anaknya itu telah dia fikirkan sebelum mereka berkahwin lagi, iaitu ketika masih belajar di universiti beberapa tahun dahulu.

“Sebelum saya bernikah dengan isteri, Dinda Marlina, saya yang memang suka dengan rekaan grafik telah merancang nama-nama ini pada tahun 2002 sebelum berkahwin,” jelasnya, lapor Tribun News. 

Difahamkan juga, anak-anak mereka juga tidak pernah protes dengan nama yang telah diberikan. Malah, tiada juga sebarang cemuhan atau pembulian berkaitan nama mereka di kawasan perumahan tempat tinggal mahupun di sekolah.

Sumber: Tribun News

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.