Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ibu bapa pasti akan sediakan nama yang indah untuk anak-anak mereka dengan maksud yang baik. Dengan harapan mereka akan membesar seiring dengan maksud nama yang telah diberikan.
Namun, nama yang baik tidak semestinya diambil dari bahasa Arab atau nama-nama Islam yang lain seperti nabi, tokoh-tokoh dan sebagainya. Tidak dinafikan, nama-nama yang disebut tadi sejatinya mempunyai makna yang sangat baik.
Nama-nama melayu klasik seperti Jebat, Kesuma, Kuntum, Kasturi, Awan, Langit, Cahaya, Angkasa dan banyak lagi, ia masih membawa maksud yang baik. Waima, nama-nama yang bukan Melayu klasik atau Arab pun, jika ia membawa maksud yang baik, masih boleh diberikan kepada anak-anak.
Menerusi akaun Tiktok milik Jineyla, dia kongsikan nama-nama tiga adik-beradiknya termasuk dirinya sendiri tentang nama yang diberikan kepada mereka yang sangat unik.
Celica Riska, Ferrari Mikola dan Lamborghini Astried, itulah nama-nama yang diberikan oleh ibu bapa mereka, unik dan lain dari yang lain.
“Dulu aku selalu rasa sedih kerana sering dibuli gara-gara mempunyai nama seperti ini, tapi sekarang biasa saja,” tulisnya dalam video tersebut.
Di ruang komen, dia juga menjelaskan bahawa dia langsung tidak malu kerana memiliki nama unik seperti itu.
“Hai semuanya, terima kasih sebab bagi semangat, aku sama sekali tak malu miliki nama seperti ini, cuma saja nak cerita kalau dulu selalu sedih setiap kali dibuli.
“Apa pun nama yang orang tua berikan adalah doa yang terbaik untuk anak mereka masing-masing,” jelasnya di ruangan komen.
Menerokai ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat yang lucu dan ada juga yang bertanya apakah doa dari nama-nama tersebut. Jom kita baca sama-sama komen dari netizen.





Sumber: Tiktok Jineyla