Siakap Keli
Top Gun:Maverick
Gambar Via Sandboxx/ The Drive

Top Gun: Maverick: Seakan ‘Real’, China Didakwa Arah Satelit ‘Intip’ Pesawat Darkstar 

Selepas 36 tahun, sekuel filem ‘Top Gun:Maverick’ telah ditayangkan pada minggu lalu dan dilaporkan mendapat kutipan box-office di Amerika Syarikat (AS).

Dibintangi oleh pelakon yang sama, Tom Cruise, ia menjadi antara filem yang ditunggu-tunggu pada tahun ini.

Menjanjikan aksi-aksi yang mengujakan, penonton pasti tidak akan ‘senang duduk’ melihat babak jet pejuang di dalam filem tersebut.

Jika ada yang sudah menonton filem itu, anda pasti akan teruja melihat pesawat yang dikenali sebagai Darkstar Hypersonic.

Top Gun:Maverick
Gambar Via Sandboxx

Untuk pengetahuan, ia bukan pesawat yang sebenar tetapi telah direka bentuk hasil kerjasama kru produksi bersama jurutera Skunk Works, Lockheed Martin.

Pun begitu, ia kelihatan seperti pesawat yang sebenar sehingga didakwa pernah ‘diintip’ oleh China.

Memetik laporan Sandboxx, penerbit Top Gun, Jerry Bruckheimer dimaklumkan oleh pihak Tentera Laut bahawa China telah mengarahkan satelit pengintip untuk melihat pesawat tersebut.

“Tentera Laut memberitahu kami bahawa satelit China berpusing dan menuju ke laluan berbeza untuk mengambil gambar pesawat itu.

“Mereka fikir ia pesawat sebenar,” kata Bruckheimer kepada Sandboxx News.

BACA: Top Gun Maverick ‘Review’: Bagai Pandu Jet Pejuang Dalam Panggung

Pengarah, Joseph Kosinski berkata Darkstar dibina dengan mockup berskala penuh dan hasilnya kelihatan seperti pesawat sebenar.

“Kami mendekati Skunk Works kerana saya mahu membuat pesawat hipersonik yang paling realistik.

“Malah, seperti yang anda lihat, kami membinanya secara berskala penuh dengan kerjasama mereka.

“Mereka adalah orang yang sama yang bekerja pada pesawat sebenar, jadi tidak hairanlah jika reka bentuk itu kelihatan sangat nyata,” katanya.

Top Gun:Maverick
Gambar Via Sandboxx

Menurutnya lagi, adalah penting untuk mereka menyampaikan tahap realisme kepada pesawat fiksyen kerana ia perlu sesuai dengan platform yang sangat nyata yang ditunjukkan dalam filem itu.

Difahamkan, Skuns Works mempunyai kepakaran dalam mereka bentuk pesawat tentera selama beberapa dekad.

Mereka juga telah mereka bentuk pesawat operasi terpantas dalam sejarah, SR-71 Blackbird.

Sumber: Sandboxx

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.