Siakap Keli
Sumber: Kakuchopurei

Top Gun Maverick ‘Review’: Bagai Pandu Jet Pejuang Dalam Panggung

Hari rabu yang lepas aku dapat peluang menonton tayangan perdana filem terbaharu lakonan Tom Cruise iaitu Top Gun: Maverick, jadi nak buat sedikit ‘review’ tentang filem ini. Orang-orang lama mesti ingat filem Top Gun yang pertama ditayangkan pada tahun 1986. Selepas 36 tahun baru keluar sekuel filem ni. Kalau kau tengok pelakon-pelakon Top Gun 1986 tu semua dah tua dah. Tom Cruise je masih ‘steady’ kacak bak umur 20-an.

Top Gun: Maverick ‘Review’: Mengisahkan seorang senior juruterbang tentera laut yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Pete Mitchell (Tom Cruise). Pada mulanya beliau ditugaskan untuk mengajar pasukan Elit Juruterbang Tentera Laut untuk menghadapi satu misi sukar. Misi Apa? Kau kena tengok movie ini sendiri.

Apa yang best?

Sejujurnya filem ini secukup rasa pedas, pahit, masam dan manisnya. Tiada apa isu besar yang boleh buat aku kecewa tonton filem ini. Senang kata kau keluar dari panggung tu dengan senyuman je lah. Apa yang paling menarik dalam filem ini, kau rasa macam kau sedang pandu jet pejuang ketika babak perang berlangsung. Sampai rasa nak jadi pilot je lepas tonton.

‘Action sequence’ dia memang tiada henti. Babak sampingan yang tak keterlelaluan. Sedih, cinta, gembira semuanya lengkap dalam filem ini tanpa buat kau rasa bosan. Apa yang tambah lagi best apabila kau rasa dah sampai penghujung dah, tapi sebenarnya ada lagi babak perang. Memang kalau kau jenis peminat jet pejuang ini filem kau wajib tonton tahun ini.

Apa yang tak best?

Maaf aku tak jumpa apa-apa yang tak best dalam filem ini sebab aku rasa semuanya cukup tanpa kurang sedikit pun. Dan kau tiada masalah pun kalau kau tak menonton Top Gun 1986 tu. Kau masih boleh faham sekuel dia sebab Top Gun: Marverick ini hanya usik sikit-sikit je mengimbau kenangan 1986 tu. jadi, tiada masalah untuk kau faham jalan cerita dia. Cuma kau sedikit ‘lost’ bila dia sebut nama watak Top Gun 1986.

kalau kau nak tonton Top Gun 1986 tu aku bagi link DI SINI. Ini tonton secara sah tau. Bukan link haram atau cetak rompak. Korang boleh sewa filem itu dengan harga bawah RM10 sahaja.

Kalau hujung minggu kau dan keluarga tak tahu nak buat apa, boleh dah ‘book’ tiket pergi tonton filem ini. Pasti tak menyesal. Ini barisan pelakon utama untuk filem Top Gun: Maverick

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)