Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Pejuang FA 50M Pertama Daripada 18 Unit Mendarat Di Pangkalan Udara Labuan

FA 50M Mendarat Di Pangkalan Udara Labuan
Kredit: Tentera Udara Diraja Malaysia

Satu daripada 18 unit pesawat pejuang ringan FA 50M Block 20 buatan Korea Selatan telah selamat mendarat di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkongsi ketibaan pesawat itu di Pangkalan Udara Labuan menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook mereka.

“Pendaratan Pesawat Pertama FA-50M di PU Labuan,” tulis TUDM ringkas.

FA 50M Mendarat Di Pangkalan Udara Labuan

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada Isnin Malaysia bakal menerima kumpulan pertama pesawat pejuang ringan itu pada hari ini.

Katanya, penerimaan pesawat berkenaan akan meningkatkan keupayaan pertahanan ruang udara negara, khususnya menerusi pengukuhan aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penerimaan pesawat ini adalah untuk memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, pesawat berkenaan akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, manakala sebahagian lagi akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

FA 50M Block 20 dilengkapi radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta Sniper Advanced Targeting Pod yang menawarkan kelebihan taktikal dan keupayaan melaksanakan serangan tepat.

Malaysia sebelum ini memeterai kontrak bernilai RM4 bilion dengan Korea Aerospace Industries (KAI) pada Mei 2023 bagi memperoleh 18 pesawat berkenaan.

Baki pesawat dijangka dihantar secara berperingkat, dengan keseluruhan penghantaran disasarkan selesai antara Mac hingga Jun 2028.

Intipati
  • FA-50M Block 20 pertama mendarat di Pangkalan Udara Labuan, menurut hantaran TUDM.
  • Malaysia memperoleh 18 pesawat FA-50M menerusi kontrak RM4 bilion dengan Korea Aerospace Industries.
  • Baki pesawat dijangka dihantar berperingkat, dengan penghantaran penuh disasarkan selesai menjelang Jun 2028.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan