Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada jam 3.10 petang hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa magnitud 5.3 itu berpusat di 6.3° Selatan dan 104.0° Tenggara dengan kedalaman 101 km.
Ia juga berlaku di 172 km Barat Daya dari Bandar Lampung, Indonesia.
Bagaimanapun, ia tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
GB sederhana M5.3 di Selat Sunda, Indonesia pada pukul 3:10 petang, 31 Mei 2022. Pusat gempa bumi di 6.3° S dan 104.0° T dengan kedalaman 101 km. 172km Barat Daya dari Bandar Lampung,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/Rl2a7Pkzkh— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) May 31, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia