KUALA LUMPUR, 31 MEI 2022 – Perhatian Gamers! Infinix, jenama yang sedang meningkat naik di dalam pasaran elektronik telah melancarkan telefon bimbit pintar dengan visual mantap yang dinanti-nantikan iaitu Infinix NOTE 12 Series serba baharu yang bakal mengubah cara anda bermain permainan video!
Bersiap sedia untuk menaik taraf permainan anda dengan Infinix Note 12 Series untuk detik-detik permainan yang savage. Siri ini merangkumi dua varian, NOTE 12 G88 dan NOTE 12 G96 yang menawarkan ciri prestasi inovatif yang lengkap seperti memori akses rawak lanjutan (RAM) 5GB dan pengecasan pantas 33W dengan Sistem Penyejukan Graphene untuk semua keperluan permainan anda.
Edisi ke-12 Siri Note Infinix ini adalah puncak prestasi daripada pendahulunya yang memberi tumpuan kepada peningkatan pengalaman pemain semasa mereka sedang fokus bermain. Dilengkapi dengan semua kelengkapan untuk kemenangan, Siri NOTE 12 akan memberi inspirasi kepada mereka yang muda mahupun dewasa yang merupakan penentu trend dan ahli profesional yang ingin mencetus dan meneroka persona permainan mereka dengan lebih jauh.
Siri NOTE 12 Terbaru
Richard Tang, Pengurus Infinix Malaysia, berkata bahawa mereka menyedari apa yang kurang dengan peranti permainan mudah alih semasa dan kini berada di landasan yang betul untuk mencipta peranti permainan mudah alih yang ideal dengan nilai terbaik di pasaran. Siri NOTE 12 adalah pilihan yang sempurna untuk semua peminat permainan mudah alih yang sentiasa mencari cara untuk mengatasi saingan mereka.
“Infinix kini mencipta standard baharu untuk prestasi dan reka bentuk telefon pintar berkualiti tinggi dengan Siri NOTE 12 baharu ini, yang merangkumi bentuk dan fungsi yang sempurna. Siri ini juga mengandungi chipset yang unggul ke dalam reka bentuk ikonik yang sesuai untuk ahli profesional yang memerlukan peranti ringan, fleksibel dan berprestasi tinggi,” jelas Richard.
BOOYAH!
Infinix mengumumkan kerjasama khas dengan permainan mudah alih dalam talian multiplayer berintensiti tinggi yang popular dibangunkan oleh Garena, Free Fire.
Infinix berjanji untuk memberikan pengalaman pengguna yang tidak dapat ditandingi untuk peminat permainan untuk menunjukkan potensi sebenar mereka di arena permainan dengan pelancaran Infinix NOTE 12 Series. Oleh kerana Infinix memahami bahawa industri permainan mudah alih berkembang pesat di Malaysia, mereka berdedikasi untuk menyediakan teknologi canggih secara sama rata kepada semua peminat.
NAIK TARAF PERMAINAN MUDAH ALIH ANDA dengan Infinix NOTE 12 Series Telefon Permainan AMOLED Terbaik Di Bawah RM800
Hardcore Inside, Classy Outside, Infinix NOTE 12 Series menawarkan prestasi nilai sebenar tanpa tandingan. Dari pemproses permainan yang pantas hingga teknologi kamera yang dilengkapi memori tambahan, penyimpanan, dan penggabunggan pelbagai skrin, peranti ini membuka peluang untuk telefon pintar pra-pasaran untuk memenuhi kehendak para pemain untuk aksi yang sebenar.
Untuk memberikan pengalaman yang pantas kepada pengguna, Siri NOTE 12 ini dilengkapi dengan memori tambahan yang besar sehingga 5GB memori akses rawak lanjutan (RAM).
Peranti ini akan mengubah kelajuan aplikasi yang sedang aktif di belakang pada kadar yang optimum, mengutamakan aplikasi yang sering dipakai dengan lancar untuk waktu permainan yang lebih baik. Ini adalah sangat penting untuk pemain peranti mudah alih yang bermain permainan video yang memerlukan kuasa dan tenaga yang tinggi untuk memenuhi citarasa mereka.
Selain daripada chipset pemprosesan ultra-permainan dan prestasi memori, Siri NOTE 12 juga dihiasi dengan pengalaman paparan FHD+ True Colour AMOLED 6.7″, saiz skrin AMOLED terbesar dalam kelas harganya, untuk pengalaman permainan yang jelas dapat menghasilkan gambaran visual yang berkualiti walaupun pada waktu siang – menawarkan pelbagai pilihan fleksibel untuk pengguna yang berbeza.
Sebagai tambahan kepada pengalaman visual yang menakjubkan, peranti ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas 33W yang dipasangkan dengan Sistem Penyejukan Graphene dan Penyejukan Cecair Vapor-Chamber untuk pengurangan suhu teras sehingga 15%.
Ciri-Ciri Tambahan Utama:
MediaTek Helio Chipset: Dikuasakan oleh MediaTek Helio G96 dan G88 Ultra Gaming Processor untuk memberi lebih kuasa dan kelajuan kepada Siri Note 12.
Dual Speakers with DTS: Siri NOTE 12 membolehkan bunyi sekeliling 360 darjah dengan penuh kuasa bersama audio yang dipertingkatkan.
Ultra-Night Triple Camera: Saksikan gambar di waktu malam tanpa kabur dan lebihan cahaya dengan kamera ultra-malam 50 MP untuk Siri NOTE 12.
Linear Motor Tactile Systems: Siri NOTE 12 mempunyai Sistem Sentuhan Motor Linear yang mensimulasikan getaran yang lebih pendek, memberikan pengguna pengalaman sentuhan yang sebenar semasa bermain.
Infinix’s Dar-Link 2.0: Perisian ini meningkatkan kestabilan imej berdasarkan algoritma AI, pada masa yang sama mengurangkan suhu peranti untuk pengalaman permainan yang lebih lancar.
XOS 10.6 Software: Note 12 Series menampilkan perisian XOS 10.6 baharu berdasarkan Android 12, yang merangkumi ciri baharu seperti Pengoptimum Storan, Lightning Multi-Window, Penjagaan Privasi dan banyak lagi.
Harga dan Promosi Ekslusif
Infinix NOTE 12 G96
SRP: RM769 – RM869
ROM + RAM: 128GB+8GB / 256GB+8GB
Warna: Force Black, Snowfall, Sapphire Blue
Harga Promosi (10 – 13 Jun): RM679 – RM 779
Infinix NOTE 12 G88
SRP: RM749
ROM + RAM: 128GB+6GB
Warna: Jewel Blue, Force Black, Sunset Golden
Harga Promosi (10 – 13 Jun): RM649
Semua produk akan dilancarkan secara rasmi di Kedai Rasmi Infinix AIOT di Shopee dengan jualan eksklusif bermula 10 Jun 2022 hingga 13 Jun 2022 dengan harga jualan dan baucar jualan pertama khas. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian oleh Infinix, sila ikuti pengumuman di akaun sosial Infinix Malaysia (@infinixmobilemalaysia) untuk tawaran yang lebih menarik.
Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini tentang Siri NOTE, sila layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, Laman Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee.