Siakap Keli
Penutupan PICKids
Gambar via Bernama

PICKids Kepada Kanak-Kanak Mencapai Usia 5 Tahun Tamat Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan penutupan PICKids kepada kanak-kanak yang telah melepasi usia lima tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Noor Azmi Bin Ghazali, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pada 31 Mei 2022, hari ini merupakan hari terakhir pemberian dos pertama PICKids kepada kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun.

“Semenjak pelancaran PICKids pada 3 Februari 2022, seramai 1,720,411 (48.4 peratus) kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 1,171,888 (33.0 peratus) telah melengkapkan dua dos.

“Adalah dianggarkan 548,523 kanak-kanak akan melengkapkan dos kedua mereka selewat-lewatnya 30 Ogos 2022,” jelasnya.

Difahamkan, bermula Jun 2022 hingga Januari 2023, PICK hanya memberikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak yang baru berusia lima tahun sahaja selepas 31 Mei 2022 di mana-mana Klinik Kesihatan dan klinik swasta yang masih beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Ibu bapa yang berhasrat untuk memberi vaksinasi kepada anak yang baru mencapai 5 tahun dinasihatkan mendaftar dan membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera,” tambah beliau.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat janji temu secara terus di Klinik Kesihatan KKM.

Sumber: KKM

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.