Siakap Keli
trend tarik rambut
Kredit: Dr1share

Tular Trend Tarik Rambut Untuk Hilangkan Sakit Kepala, Doktor Perjelas Bahaya Bakal Menanti

Trend tarik rambut untuk rawat sakit kepala merupakan antara petua yang lazim diamalkan oleh sesetengah orang tua bahkan orang muda.

Berhubung satu video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok @DR1share, beliau menyatakan bahawa trend tarik rambut untuk rawat sakit kepala tersebut mampu mengundang bahaya kepada pengamalnya.

Beliau yang merupakan seorang doktor juga telah memberikan bukti mengenai kajian-kajian yang pernah dilakukan mengenai keberkesanan petua tersebut.

Dari segi perubatan, petua menarik rambut sehingga berbunyi tidak boleh dilakukan kerana seseorang itu berpotensi untuk menghidap komplikasi pendarahan sehingga berlakunya jangkitan kuman.

Jelasnya, sekiranya dengan cara menarik rambut itu boleh mengubati sakit kepala dan migraine, maka para doktor tidak perlulah membekalkan ubat kepada para pesakit.

Menurutnya, keberkesanan petua tersebut tidak disokong oleh mana-mana doktor kerana ia mampu mengundang bahaya.

Justeru, masyarakat dinasihati agar tidak melakukan petua sembarangan tanpa selidik kerana gusar bahaya yang akan mendatang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keburukan menarik rambut sehingga berbunyi, sila tonton video yang telah dikongsikan oleh doktor tersebut di laman Tiktok.

@drwanshare

Tarik rambut untuk relieve sakit kepala….#dr1share #doktortiktok #tiktokguru

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Sumber: Dr1Share

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.