Siakap Keli
pengantin tidak mengenali pasangan

Unik, 22 Pengantin Disatukan Tanpa Kenal Identiti Pasangan, Hanya Tahu Selepas Dipanggil Untuk Akad Nikah

Tular di media sosial tentang majlis perkahwinan beramai-ramai yang diadakan di Pondok Darul Falah Sidoarjo di Jawa Timur.

Memetik daripada laporan Tribunnews, seramai 22 orang pengantin dinikahi di sekolah pondok tersebut walaupun setiap bakal pengantin tidak mengenali pasangan mereka.

Difahamkan, bakal pengantin itu merupakan pelajar di sekolah pondok berkenaan. Mereka hanya akan berjumpa buat kali pertama dengan setiap pasangan hidup selepas Pengetua Sekolah Pondok Darul Falah tersebut mengumumkan nama satu persatu pasangan mereka.

Uniknya, bakal pengantin turut ditemani oleh keluarga tercinta. Ibu bapa bakal pengantin juga tidak mengenali antara satu sama lain dengan bakal menantu mereka.

Rakaman video pernikahan beramai-ramai yang berlangsung pada Ahad, 22 Mei lalu menjadi tular di media sosial.

Ketua sekolah pondok tersebut, Syaiful Bakri berkata acara pernikahan melibatkan ramai pasangan pengantin yang diadakan kali ini merupakan kali yang ke-7. Kebanyakan pengantin itu merupakan pelajar di sekolah berkenaan yang sudah cukup umur dan ingin mendirikan rumah tangga.

Katanya lagi, sebelum mereka menentukan jodoh buat pasangan pelajar mereka, ada beberapa pertimbangan dilakukan oleh Ketua Agama. Antaranya termasuklah melihat perilaku bakal pengantin, pengetahuan, berat dan tiggi badan serta yang terakhir untuk meminta mereka mendirikan solat Istikharah.

Pihak pengurusan sekolah pondok juga berkoordinasi dengan pejabat urusan agama (KUA) agar pernikahan ini sah daripada segi hukum.

Menurut salah seorang bekas sekolah pondok yang juga merupakan pasangan yang dipilih khas di sekolah tersebut, dia juga tidak tahu siapa pasangannya. Setelah akad dilangsungkan, barulah dia mengenali jodohnya itu yang juga satu kampung dengannya.

Pelajar ini merupakan pelajar yang mengikuti siri penikahan ini pada tahun 2007 dengn 68 pasangan yang lain.

Sumber: Tribunnews

Baca juga:Ekzos Bocor, Wanita Dedah Detik Cemas Sekeluarga Keracunan Gas Monoksida Walau Kereta Bergerak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang