Satu video yang tular di Tiktok berkenaan sebuah kereta mainan budak kena tunda telah mencuit hati para penonton.
Kejadian yang berlaku di Selatan London itu telah dirakam dan dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok bernama @Drose3pt.
Dia sempat bergurau dalam video tersebut dengan menyatakan, “saya sudah kata, segalanya akan ditunda di sini”.
Dalam video tersebut, kereta mainan budak kena tunda itu dilihat telah berada di atas trak tunda berkenaan.
@drose3pt
Video tersebut dihujani dengan pelbagai komen daripada pengguna Tiktok. Hal ini disebabkan video tersebut sungguh melucukan dan mereka tidak menyangka bahawa kereta mainan juga akan ditunda.
“Tengok tu, saya tahu si kecil itu pasti marah, dia mungkin pergi ke kedai seketika untuk mendapatkan loli ais’
Orang ramai sibuk membalas komen kerana mereka tidak dapat mengelak daripada menganggap situasi itu kelakar.
Namun, masih terdapat pengguna Tiktok yang memberi kritikan, “bagaimana mereka tergamak melakukan kepada seorang budak perempuan seperti itu.”
Manakala seorang lagi berkata, “saya harap ais loli itu berbaloi!”
Selain itu, ada pengguna Tiktok yang turut memberikan komen seperti “perlu ajar anak-anak kecil bahawa tiada yang percuma di dunia ini.”
Video yang berdurasi 10 saat itu telah mendapat tontonan melebihi 170,000 dan 36,000 like dalam masa kurang dua hari.
Sumber: Daily Mail