Siakap Keli
shopping kat shopee

Boleh Jimat Banyak, Ini ‘Helah’ Nak Dapat Harga Murah Bila ‘Shopping’ Kat Shopee

Ramai tak tahu sebenarnya boleh dapat harga lebih murah bila shopping kat Shopee. Nak tahu caranya, baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Zaman sekarang, hampir semua urusan boleh diselesaikan di hujung jari. Daripada urusan perbankan, bayar bil, pesan makanan hinggalah nak shopping pun, serba serbi boleh dibuat secara online.

Bercakap pasal online shopping, benda pertama yang terlintas dekat fikiran kebanyakan kita pastinya adalah platform Shopee. Sebab apa? Sebab shopping kat Shopee ni ada banyak pilihan barangan dan senang digunakan. 

Bukan sahaja itu, ramai orang juga didapati turut memilih untuk menggunakan sistem pembayaran ShopeePay sebagai medium utama untuk membuat pembayaran berbanding kad debit/kredit dan sebagainya.

Sistem pembayaran ShopeePay ini banyak mendapat tempat di hati pengguna adalah kerana ia sangat mudah dan efisien. Ini kerana sistem ShopeePay ini boleh digunakan secara online dan offline di seluruh Malaysia selain boleh transfer dengan rakan serta ahli keluarga anda sendiri.

Bagi kaki shopping yang suka potongan diskaun menarik, ShopeePay inilah medium yang perlu anda gunakan. Ia kerana dengan ShopeePay, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis tawaran seperti ganjaran coins cashback, 1 SEN ShopeePay voucher dan peroleh Free Shipping Voucher. Lagi menarik, bermula 6 Jun ini, terdapat pelbagai e-baucar istimewa merangkumi kedai menarik seperti Domino’s Pizza, Trevo Malaysia, Kenny Rogers Roasters, Haruka Bakery, BubbleGum Wax dan banyak lagi untuk anda dapatkan.

Trick 1, aktifkan ShopeePay

Dengan ShopeePay, sistem pembayaran akan jadi lebih mudah. Dahlah mudah, dapat lagi diskaun dengan 1 SEN ShopeePay voucher/ganjaran coins cashback dengan DuitNow QR.

Bukan tu je, cara ni juga boleh digunakan kat kedai-kedai di luar sana termasuk Family Mart, MR DIY, Tealive, Econsave, Lotus dan banyak lagi.

Sesiapa yang pernah guna ShopeePay mesti tahu yang sebenarnya boleh jimat lagi banyak kalau guna tawaran Super Savers dari ShopeePay ni.

Bayar 1 sen je, boleh dapat bermacam baucar, termasuk pulangan tunai hingga 100%

Jadi, anda pastinya nak tahu bukan tentang apa yang menarik dengan tawaran terbaharu ini. Okay, jom kita ceritakan.

Dalam tawaran Super Savers ini, anda akan dapat menikmati bukan 10%, bukan 20% tetapi sehingga 100% pulangan tunai atau cashback tau. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat menikmati pelbagai baucar pembayaran offline menarik yang boleh digunakan dalam seluruh Malaysia. Harga hanya 1 SEN je, siap boleh guna di restoran, stesen minyak, pasaraya dan farmasi lagi. Best kan?

Cara nak dapatkan Super Savers Baucar 1 SEN ShopeePay

Pertama sekali yang anda perlu buat adalah buka aplikasi Shopee anda. Kemudian cari dan klik ShopeePay Near Me. Kemudian, klik ikon Super Savers untuk melihat pelbagai baucar untuk dipilih.

Dah sampai dekat situ, anda beli sahaja mana-mana baucar yang anda berkenan dengan nilai 1 SEN, lepas itu anda boleh terus nikmati cashback sehingga 100% dekat kedai pilihan anda. Bayangkan dengan membelanjakan duit sekecil 1 SEN sahaja, anda layak untuk menikmati sehingga 100% cashback. Berbaloi gila betul tak?

Koleksi Super Savers

Mesti anda tertanya tentang apa kelebihan baucar ShopeePay yang sekecil 1 SEN ini tapi dapat pulangan tunai sehingga 100% ini pada anda bukan? Pertama sekali adalah, cara untuk buat pembayaran itu akan jadi lebih mudah dan terdapat pelbagai diskaun menarik yang boleh dinikmati. 

Keduanya adalah, anda akan dapat pelbagai pilihan baucar offline yang tersedia berbanding hari-hari biasa. Paling menarik sekali adalah, pengguna boleh menikmati pelbagai baucar offline yang menarik sempena ‘Friday Spectacular’ pada setiap hari Jumaat.

Kalau tak percaya, cuba pergi masuk aplikasi Shopee anda sekarang dan lihat sendiri. Ada pelbagai jenama-jenama menarik seperti REMAX, Salad Atelier, Vanilla Mille Crepe, Tastylicious Dim Sum dan banyak lagi. Semua jenama atau kedai ini menawarkan penjimatan ekstra dan pelbagai baucar yang anda boleh nikmati.

Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepat serbu masuk ShopeePay Near Me sekarang untuk dapatkan penjimatan yang pastinya anda tidak akan menyesal.

Aqmal Ezany

I write what is right