Siakap Keli
pukul anak guna penyapu
Foto: Utusan

Mengaku Salah Pukul Anak Guna Penyapu, Mahkamah Denda Suami Isteri RM14,000

MELAKA – Sepasang suami isteri didenda sebanyak RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku salah mengabai dan memukul anak menggunakan penyapu dan tali pinggang sehingga cedera tahun lalu.

Memetik Utusan, Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh masing-masing berusia 39 tahun yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Menurut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh secara bersama-sama didapati telah mendedahkan anak sulung mereka ketika berusia 14 tahun sehingga menyebabkannya mengalami kecederaa n fizikal.

Berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku di kediaman merek di Taman Bukit Rambai antara jam 7 pagi hingga 6 petang pada 16 April 2021 dan antara 6 pagi hingga 8 pagi pada 19 April tahun yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun keseksaan.

Mengikut fakta kes, kejadian itu disedari oleh guru sekolah mangsa apabila remaja tersebut meluahkan bahawa dia telah dipukul olh ayahnya. Selepas itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut mengesan pelbagai kesan kecederaan baru dan lama di seluruh anggota badannya.

Pada 22 April 2021, pihak polis kemudiannya menahan kedua-dua suspek dan merampas senjata dipercayai digunakan untuk mencederakan remaja tersebut iaitu sebatang penyapu, segulung tali pinggang dan pemukul lalat.

Terdahulu, Peguam Mohamed Fozi Md Zain yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan perbuatan itu didorong oleh tekanan kehidupan dialami pasangan itu melibatkan masalah kewangan.

Si suami hanya melakukan kerja-kerja kampung termasuklah memotong rumput manakala si isteri menjual karipap sejuk beku.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan sebagai berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Timbalan Pendakwa Raya itu turut mencadangkan hukuman tambahan yang memerintahkan orang disabitkan kesalahan menyempurnakan satu bon dan penjamin dengan apa-apa tempoh dan sebarang syarat mahkamah melalui khidmat masyarakat.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 masing-masing bagi pertuduhan satu dan dua terhadap setiap tertuduh atau penjara enam bulan jika gagal bayar.

Hakim juga memerintahkan pasangan suami isteri itu dikenakan bon jaminan RM2,000 dan seorang penjamin tanpa cagaran dengan syarat tambahan tidak boleh melakukan sebarang pengabaian di bawah jagaan mereka.

Sumber: Utusan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang