Siakap Keli
flying fox dalam rumah

Si Cilik Main ‘Flying Fox’ Dalam Rumah Tarik Perhatian Ramai Yang Nak ‘Join’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan selalunya kalau hadiri kem motivasi atau kem kepimpinan, pasti akan ada permainan flying fox atau zipline kan? Ya, melakukan aktiviti ini seumpamanya memerlukan keberanian diri yang tinggi.

Kadang kala ada juga orang dewasa yang masih ‘takut-takut’ untuk bermain permainan ini. Mana taknya ia meluncur dari ketinggian yang tertentu menggunakan peralatannya.

Namun lain pula kisah seorang kanak-kanak ini yang sangat sukakan aktiviti lasak sejak dari kecil lagi.

Main ‘flying fox’ dalam rumah

Menerusi rakaman video daripada laman Tiktol Artchanali yang berkongsi pengalaman anaknya bermain ‘flying fox’ di dalam rumah. Apa yang menarik perhatian ramai, walaupun hanya di dalam rumah tetapi lengkap menggayakan topi keledar sebagai keselamatan.

Berdasarkan rakaman video tersebut, riak wajah kanak-kanak ini sangat teruja dan gembira apabila melakukan aktiviti ekstrem itu hanya di dalam rumah.

Bagaimanapun, dalam video berkenaan jelas menunjukkan keselamatan anak kecil ini dikawal rapi oleh kedua orang tuanya. Ayahnya sedang menunggu di hujung garisan dengan menampan bersama anak patung besar.

Video yang berdurasi lebih kurang lapan saat itu telah meraih lebih 500,000 tontonan. Hal ini menyebabkan rata-rata warganet tertarik dan ingin melakukan perkara yang sama di rumah mereka.

Menurut ayahnya, aktiviti ini berlaku ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan tempoh lalu.

@artchanali

The only budak yg ada flying fox kt dalam rumah 😛 #fyp #fypシ #fypage #zipline

♬ original sound – PeopleBejalan – PeopleBejalan

Kisah si cilik ini pernah dimuat naik dalam sebuah artikel SK di mana menceritakan pada seawal usia setahun, kanak-kanak ini sudah mengikut ibu bapanya mendaki gunung di banjaran Himalaya.

Boleh baca di sini: (Video) Mak Ayah Bawa Anak 1 Tahun Daki Gunung Himalaya, Keletah Anaknya Buat Ramai Teruja

Menerusi perkongsian itu, rata-rata warganet teruja melihat telatah anak kecil itu bermain dan melakukan aktiviti lasak bersama ayah dan ibunya.

Sumber: Artchanali

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang