Siakap Keli
bayi baru lahir
Gambar: TikTok

Netizen ‘Resah’, Bayi Baru Lahir Disentuh & Dicium Jururawat Sampai ‘Merah’ Muka

Bayi yang baru lahir sangat-sangat sensitif dan mudah dijangkiti virus serta penyakit. Sebab tu, kita dilarang untuk sentuh mahupun cium sesuka hati tanpa kebenaran.

Tambahan pula, ketika ini, kita terdedah dengan pelbagai jenis virus yang berbahaya hingga tidak mustahil boleh menyebabkan kematian.

Di Indonesia, seorang pegawai perubatan menjadi tular di media sosial kerana menyentuh dan mencium bayi yang baru lahir sembarangan, malah dia juga didakwa turut mencubit pipi bayi tersebut.

Pada awalnya, video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @gambar ajadeh, kemudian video tersebut di ‘screenshot’ dan dimuat naik di akaun Twitter milik @Areajulid.

“Pelitup muka kan kotor, kalau kena kulit bayi secaran langsung macam ni tak bahaya ke,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, individu tersebut kelihatan pegang serta mencubit hingga menempelkan pipi bayi tersebut ke wajahnya yang ketika itu memakai pelitup muka.

Selain itu, bayi tersebut juga kelihatan diganggu oleh jururawat berkenaan, malah turut menangis kerana terus disentuh tanpa kerelaannya.

Beberapa netizen geram melihat tindakan jururawat tersebut, namun ada juga yang menyuarakan pendapat bahawa hal itu masih wajar untuk dilakukan.

“Ya Allah, sampai merah pipi budak tu,” komen salah seorang netizen.

“Menjengkelkan, secara peribadi, keluarga atau kawan-kawan yang jauh pun tak berani nak sentuh apa lagi cium bayi, jururawat ini suka hati saja menggomol bayi ini,” balas seorang lagi netizen lain.

Memetik Halodoc menerusi Indo Zone, menyentuh dan mencium bayi yang sistem imunisasinya masih belum cukup kuat boleh meningkatkan risiko tersebarnya virus Meningitis, Herpes Simplex dan penyakit merbahaya yang lain.

Dalam pada itu, bayi yang terdedah dengan virus boleh menyebabkan kematian. Itulah sebabnya anda tidak boleh menyentuh bayi yang baru lahir sembarangan, kerana ia boleh membawa maut.

Sumber: Indo Zone

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.