Siakap Keli
oyen buat hal
Gambar: TikTok

Oyen Buat Hal Lagi, Selamba Tendang Anjing Besar, Tiru Aksi ‘Po’ Dalam Kung Fu Panda

Oyen buat hal lagi, tendang anjing dengan teknik yang sama macam ‘Po’ dalam filem Kung Fu Panda.

Pada umumnya, kucing yang memiliki bulu bewarna oren yang juga digelar sebagai Oyen sudah tidak asing lagi bagi kita, lebih-lebih lagi pencinta kucing. Si Oyen terkenal dengan telatahnya yang melucukan hingga boleh buat orang ketawa ‘terbahak-bahak’.

Antara ragam Oyen yang sempat tular satu ketika dulu adalah video ia ambil makanan dan makan bersama singa di dalam sangkar. Selain itu, terdapat juga video si kecil Oyen melapah daging buaya, semuanya kelihatan ganas kan?

Namun, ada juga video Oyen yang manja hingga tuannya perlu suap mulutnya dengan makanan seolah-olah seperti seorang bayi yang bermanja dengan ibunya. ‘Gedik’ kan Oyen?

Terbaru, Oyen sekali tunjuk lagak hebat apabila dia bergaduh dengan seekor anjing milik seorang individu di atas jalan raya seperti dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik Tiktok Legacy Wiramx, anjing yang dibawa berjalan oleh tuannya itu menyalak kepada kucing yang berwarna oren tersebut.

Menerusi video itu juga, jelas kelihatan si Oyen melompat dan berikan tendangan tepat di bahagian kepala anjing tersebut dengan gaya seolah-olah karakter Po dalam filem ‘Kung Fu Panda‘.

Lihat video di bawah yang telah kami sertakan untuk gambaran yang lebih jelas kenakalan kucing comel ini.

@legacy_wiramx

#fypシ゚viral #kucing #comel

♬ bunyi asal – LEGACY_WiralMX – LEGACY_WiralMX

Apa kata netizen

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si Oyen hingga ada juga yang mengatakan Oyen menonton siri aksi jepun Kamen Rider.

Ikuti perkongsian komen dari netizen yang telah kami screenshoot di bawah.

“Oyen tengok Kamen Rider…”

“Oyen bukan sebarang oyen…”

“Ha jangan main-main dengan Oyen…”

BACA JUGA: Oyen: “Di Luar Samseng, Di Rumah Makan Mak Suap..”

Sumber: Legacy Wiramx

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.